Ahad, 18 Mei 2014

#MH370 TUN MAHATHIR MULA BERSUARA PERTIKAI SYARIKAT BOENG

Dah beberapa bulan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih lagi belum terjawab dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari pesawat dalam penerbangan ke Beijing tersebut.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula bersuara mempertikai kredibiliti syarikat pengeluar pesawat tersebut yamg dikatakan mempunyai akses untuk mengawal kapal terbang melalui pendaratan tanpa jurutebang sekiranya pesawat dirampas.

Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Tun M yang mana jika pesawat tersebut dilengkapi dengan sistem tersebut, mana mungkin juruterbang boleh menerbangkan pesawat sehingga kehabisan minyak dan dijunamkan ke dalam lautan.

Tun Mahathir juga mengatakan bahawa adalah satu kerugian mencari pesawat tersebut, jika Boeng sendiri tidak dapat memberikan penjelasan tentang sistem yang mereka miliki untuk mengawal semua pesawat keluaran mereka.

Tindakan menyalahkan kerajaan Malaysia dan pihak MAS juga adalah tidak adil kerana Boeng mengakui mempunyai sistem sebegitu canggih untuk mengawal sebuah pesawat yang sedang terbang.

Tun Mahathir juga kini mengesyaki bahawa kini ada seseorang yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dan ada kemungkinan pesawat tersebut kini berada di sebuah tempat dengan warna yang berlainan.

Apa apa pun, kita masih mengharapkan agar pesawat malang tersebut ditemui agar segala persoalan terjawab dan segala kekeliruan terungkai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan