Ahad, 18 Mei 2014

ANAK DARA KELAHIRAN DAP AKAN MENENTANG HUKUM HUDUD

Dulu kita selalu didendangkan dengan kenyataan bahawa UMNO menentang hukum hudud sehinggalah terbukti baru baru ini bahawa ianya bohong semata mata apabila Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan ke atas mursyidul Am PAS dan berbincang tentang perkara tersebut.

Dan satu lagi bukti wujud apabila UMNO telah meminta supaya PAS membawa usul berkaitan dengan kanun rang undang undang hudud ke dalan sidang parlimen untuk dibuat undian namun PAS ternyata gagal untuk membawa usul berkenaan kerana tidak mungkin akan diterima oleh DAP.

Kali ini kita lihat berlangsungnya pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan yang mana DAP mengambil kesempatan dengan meletakkan calon Melayu semata mata untuk memenangi hati orang Melayu walaupun pada hakikat sebenarnya ia hanyalah lakonan semata mata.


Dyana Sofea dinobatkan sebagai calon DAP baru baru ini oleh Lim Kit Siang tetapi adakah anak Melayu ini akan menyokong apa yang dicadangkan oleh PAS sepertimana PAS akan turun bekerja bagi memastikan kemenangan beliau sebagai ahli parlimen?

Jawapannya tidak sama sekali kerana bagi Dyana, prinsip parti DAP menjadi pegangan utama beliau sehingga sanggup mengenepikan soal agama.

Apakah calon ini yang akan menjadi pilihan PAS di Teluk Intan? Atau mereka sekarang tidak peduli lagi tentang perjuangan menjayakan hukum hudud di Malaysia?


2 ulasan:

  1. Tajuk blog tertulis "ANAK DARA...." tetapi pada pandangan saya, "BERUK BETINA SEKOR..." lebih sesuai kot.

    BalasPadam
  2. Tunggang terbalik blogger nak buat cerita Dan spin.

    Tahap longkang.

    BalasPadam