Ahad, 6 April 2014

SELEPAS ROSMAH KINI PM @NajibRazak PULA DIUGUT DENGAN BOM @PDRMsia @tunfaisal

Tak habis habis dengan perbuatan bodoh sesetengah penggiat laman media sosial masa kini.

Baru baru ini, gambar Datin Seri Rosmah telah di edit dengan begitu teruk oleh seorang lelaki bernama Syed Saifullah dan hari ini beliau dikhabarkan telah pun ditahan oleh pihak polis.

Tidak cukup lagi dengan itu, kini ada seorang lagi penggiat media yang lebih berani dengan mengatakan akan menyerang UMNO dan Perdana Menteri dan keluarga dengan bom sekiranya pesawat MH370 tidak ditemui.


Nampaknya dah semakin berani mereka mereka ni nak mengugut Perdana Menteri segala bagai.

Kalau diambil tindakan nanti sudah pasti akan ada mereka mereka yang berfikiran sempit mengatakan bahawa itu adalah bahan gurauan.

Bagi Sangkakala,  jika ianya melibatkan nyawa orang awam serta Pemimpin tertinggi negara, ianya bukanlah satunperkara kecil yang boleh dijadikan mainan.

Sangkakala harap agar pihak berkuasa lebih giat mengambil tindakan terhadap mereka mereka ini yang nampaknya makin mencabar kedaulatan undang undang fan mencabar keamanan negara Malaysia.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan