Ahad, 6 April 2014

MALAYSIAKINI KANTOIKAN MAHFUZ OMAR DALAM LAPORAN

Tak sangka pilak rupanya Malaysiakini sekarang dah bijak nak bagi orang terutamanya pemimpin pembangkang mendapat malu.

Semalam satu himpunan yang dinamakan 'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' diadakan di Baling Kedah.

Himpunan ini kononnya memperingati peristiwa himpunan  sama yang dibuat oleh petani kira kira 40 tahun lalu ditempat yang sama.

Yang membuatkan si Mahfuz ni kantoi apabila beliau mengumumkan seramai 40 ribu orang yang hadir tetapi menurut sumber maklumat dari wartawan cuma kira kira 10 ribu yang hadir.

Dan perkara ini telah didedahkan pula oleh Malaysiakini dalam pemberitaan mereka tentang himpunan tersebut.

Biasanya kalau kesilapan pemimpin pembangkang ni, Malaysiakini lah yang akan menjadi penyelamat kepada mereka tapi kini kejadian sebaliknya pulakbyang berlaku.

Tapi dari apa yang Sangkakala nampak, himpunan tersebut tidak memperlihatkan sampai 10 ribu kehadiran, cuma yang ada dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.



Pada kebiasaannya, cybertrooper PAS akan mencanangkan program mereka amat berjaya tak kira lah berapa kerat yang hadur sekali pun, tapi kali ni situasi amat berbeza, senyap sunyi semua, cuma ada la beberapa kerat yang cuba cuba nak main persepsi, tapi gagal juga nampaknya.

Tinggalkan cerita kehadiran orang ramai tu sekejap.

Sangkakala difahamkan, pemimpin pakatan pembangkang yang lain tidak menunjukkan muka langsung dalam himpunan tersebut. Kenapa agaknya ye?

Adakah kerana himpunan ini dianjurkan oleh PAS maka ianya tiada kepentingan buat pemimpin pakatan dari DAP serta PKR.

Ini adalah isyarat jelas daripada parti gabungan PAS bahawa yang sebwnarnya PAS tidak diperlukan secara serius dalam pakatan mereka, PAS hanya diperlukan untuk memperolehi undi semasa pilihanraya dan selepas itu PAS akan bergerak sendirian.

Itu lah nasib yang menimpa PAS beserta dengan ahlinya, terkinja kinja melompat segala bagai dalam program PKR dan DAP, bila program PAS sendiri, berjoget sendirian di tengah padang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan