Sabtu, 19 April 2014

@NajibRazak RESPON PEMBACA ARTIKEL TENTANG GST !!! APA JAWAPAN KERAJAAN ???

Tadi Sangkakala ada menulis tentang pelaksanaan GST yang akan dilakukan pada pertengahan bulan April tahun hadapan.

Baca DISINI...

Dari  apa yang Sangkakala perhatikan, pemberi komen tersebut juga tidak memahami cara bagaimana GST akan dilaksanakan demi untuk kepentingan rakyat.


Cuba baca balik apa yang ditulis dan dinyatakan oleh pemberi komen tersebut.

Bagi Sangkakala penerangan daripada pihak kerajaan masih belum mencukupi untuk membolehkan rakyat menerima serta benar benar memahami seterusnya menghadam apa yang disebut sebagai cukai GST.

Jika masih ramai rakyat yang belum tahu tentang apa itu GST, adakah boleh kerajaan melaksanakan cukai yang dikatakan akan menggantikan cukai perkhidmatan yang ada pada hari ini?

Seperti mana dalam komen yang tentera diatas juga, penulis komen memberitahu bahawa kerajaan perlu bersedia menerima bahang pada PRU14 nanti.

Begitu juga dengan penerangan oleh UMNO bahagian, masih lagi tidak berjalan sepertimana yang dirancangkan dan Sangkakala amat yakin bahawa pemimpin di peringkat bahagian juga tidak begitu memahami apa itu GST.

Jadi jika pemimpin pertengahan tidak memahami apa yang perlu di hebahkan, bagi Sangkakala adalah lebih baik sekiranya mereka ini berdiam diri dahulu supaya tidak akan ada yang salah faham tentang perkara ini.

Kepada pihak kerajaan, Sangkakala harapkan akan ada penjelasan yang lebih ringkas untuk memudahkan rakyat memahami apa itu GST, jangan hanya memberi taklimat secara syok sendiri akhirnya memakan diri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan