Sangkakala masih tertanya tanya apa kelebihan yang diperolehi oleh rakyat sekiranya kerajaan melaksanakan GST dan daripada apa yang Sangkakala lihat, ianya tidak memberikan kelebihan cuma pembayaran cukai dilakukan oleh rakyat dan kerajaan mendapat keuntungan.
Kenapa Sangkakala kata macam tu?
Baik, disini Sangkakala ada beberapa soalan kepada pembaca.
Ramai yang mengatakan bahawa GST adalah kaedah pembayaran cukai yang dikatakan akan menghapuskan SST yang dikenakan oleh peniaga kepada pengguna.
Tapi berapa ramai yang tahu, berapa SST yang dikenakan oleh peniaga kepada pengguna selama ini?
Baik, ada juga yang mengatakan bahawa SST sebanyak 6 ke 10 peratus dikenakan oleh peniaga kepada pengguna tanpa disedari oleh pengguna.
Tapi adakah pengguna selama ini merungut dengan SST yang ada sebab ianya sudah termasuk dalam bil pembelian.
Sebagai contoh, Sangkakala andaikan sebuah barangan berharga RM 10 dan SST dikenakan sebanyak 10 peratus, ini bermakna harga yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM 11.
Jika GST dilaksanakan, sejauh mana pula jaminan kerajaan bahawa harga barangan tersebut akan turun kepada RM 10? Atau peniaga akan tetap mengekalkan harga tersebut dengan nilai RM 11.
Jika harga RM 11 ini dikekalkan oleh peniaga, ditambah pula dengan GST sebanyak 6 peratus, ini bermakna harga yang perlu di bayar oleh pengguna ialah RM 11.66 sen berbanding dengan harga RM 11 yang ada sekarang.
Adakah ini dikatakan bahawa akan ada penurunan harga barangan yang dikenakan dengan GST?
Jika barangan tadi di tolak nilai SST nya, maka harga baranag tersebut akan jatuh kepada RM 10 dan bila dicampur dengan GST sebanyak 6 peratus, maka harga batangan itu akan menjadi RM 10.60 dan pembeli atau pengguna akan membayar nilai barangan dengan nilai tersebut.
Ini baru dikatakan ada penurunan harga oleh peniaga dan kebaikan kepada rakyat serta kelebihan kepada kerajaan.
Persoalan yang Sangkakala buat ialah, sejauh mana peniaga akan menurunkan harga atau menolak kos SST dalam barangan mereka yang membolehkan GST mengambil alih cukai SST yang dikenakan kepada pengguna?
Sangkakala tak nampak lagi ada peniaga yang begitu baik dan telus hingga sanggup menurunkan harga yang telah dimasukkan bersekali dengan SST untuk digantikan dengan GST.
Tapu apa yang Sangkakala nampak, harga pada hari ini akan dikekalkan kepada pengguna dan lebihan 6 peratus akan dimasukkan dalam bil pembayaran sebagai GST.
Dalam memberikan taklimat dan penerangan, para para menteri memberitahu bahawa dengan adanya cukai GST maka kerajaan dapat memberikan BR1M kepada rakyat.
Bukankah kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M adalah daripada keuntungan negara yang diagihkan kepada rakyat supaya semua rakyat dapat menikmati hasil tersebut?
Jika GST dikatakan sebagai salah satu cara kerajaan untuk memberikan BR1M, bagi Sangkakala kerajaan pada hari ini seolah olah memberikan pinjaman kepada rakyat sebanyak RM 650, RM450 dan sebagainya untuk membuat pembayaran keatas GST.
Jadi disini, sejauh mana kebenaran kerajaan mengatakan bahawa BR1M afalah perkongsian keuntungan negara dengan rakyat?
Penjelasan demi penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan dan daripada apa yang Sangkalala dengar, sebanyak RM 17 juta diperuntukkan untuk membuat promosi serta penerangan terhadap GST namun apa yang ada kini, ramai yang maish terpinga pinga dengan pelaksanaan GST yang bakal dikenakan oleh kerajaan dan akan dilaksanakan pada bukan april 2015 nanti.
Cuma adakah selepas pelaksanaan nanti, kerajaan akan dilihat gagal untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat tentang GST dan sejauh mana pula pemahaman rakyat tentang GST hingga membuatkan rakyat berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.
memang itulah yang kena ditunjukkan secara jelas. gst menggantikan cukai yang mana satu dan bagaimana pengiraannya. dah setengah tahun bajet dibentang tapi pemahaman tentang gst masih lintang pukang. tahun depan gst bakal dikuatkuasakan. pru-14, sedialah menerima bahangnya.
BalasPadamtapi kerajaan masih buat bodoh. umno bahagian yang dicadangkan supaya mengadakan taklimat tentang gst pun buat tak tahu. memang bagus jentera penerangan kerajaan dan parti pemerintah negara sekarang ini.