Keputusan Menteri Besar Selangor yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam pembinaan Loji penapisan air di Langat (loji langat 2) telah memberikesan besar kepada penduduk di beberapa kawasan.
Rakyat di Sepang kini dalam keadaan yang amat meruncing apabila loji air Bukit Tampoi ditutup akibat peningkatan paras amonia dalam air loji tersebut.
Keadaan ini tidak membolehkan SYABAS untuk berbuat apa apa kerana paras amonia akan berkurangan apabila hujan turun dan peningkatan paras air, namun sekarang dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, perkara tersebut tidak mungkin akan berlaku.
Sangkakala teringat satu masa dulu Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bahawa negeri tersebut mempunyai banyak lombong yang mampu untuk membekalkan air mentah.
Tapi setelah dibuat kajian, paras bedasing yang tidak mampu dinyahkan terlalu tinggi dan ini membahayakan penduduk.
Bagaimana seorang Menteri Besar pernah mengeluarkan kenyataan dan jelas kenyataan tersebut berbentuk egois hinhga tidak memikitkan keselamatan nyawa rakyat.
Kalau kerajaan Selangor bertindak dengan memberikan kerjasama untuk memberikan peluang kepada kerajaan pusat membina loji rawatan Langat 2 sudah tentu perkara sebegini tidak akan berlaku dan permasalahan ini dapat dikurangkan seminima mungkin.
Tapi kerana begitu mementingkan milage politik, maka kerajaan Selangor dibawah pakatan tidak mahu langsung bertolak ansur demi kepentingan semua pihak.
Kerajaan pusat tidak meminta peruntukan dari kerajaan negeri bahkan akan membiayai pembinaan loji tersebut secara keseluruhan, namun ditolak oleh kerajaan Selangor kerana berbeza idiologi politik yang menyusahkan rakyat.
Mahu atau tidak rakyat Selangor perlu menerima hakikat bahawa keadaan mereka kini amat meruncing kerana sikap egoistik pemimpin kerajaan Selangor.
Kini pemimpin Selangor sendiri telah merungut bahawa terdapat kesulitan rakyat akibat dari sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Selangor yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.
Boleh baca bagaimana pemimpin pakatan merungut DISINI...
Tahniah rakyat selangor..you get what you deserve ..bawa baldi ambik air lombong..
BalasPadam