Isnin, 10 Februari 2014

@NajibRazak ANTARA WAYTHAMOORTHY DAN RAMESH RAO !! SIAPA LEBIH LAYAK ???

Sangkakala rasa amat bertepatanlah tindakan wakil dari Hindraf, Waythamoorthy yang mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam kabinet termasuk senator yang diberikan kepada wakil kumpulan itu.

Bukan apa, Sangkakala tak nampak dimana tugas beliau sebagai seorang Menteri dan Senator yang mewakili kaum India di negara ni pun.


Waythamoorthy bagi Sangkakala tidak mewakili kaum India secara keseluruhannya tetapi hanya mewakili ahli pertubuhan Hindraf dan dengan mudah beliau mengatakan akan melepaskan jawatan kerana Barisan Nasional tidak menepati janji yang dipersetujui bersama diantara Hindraf dengan Barisan Nasional.

Kalau dah diletak sebagai Timbalan Menteri tapi masih mengharap orang lain laksanakan tugas yang diberi, maknanya Waythamoorthy sendiri yang gagal dan jangan le pulak cuba nak menunding jari pada orang lain kerana kegagalan sendiri.

Waythamoorthy juga Sangkakala nampak tidak faham dengan sensitiviti masyarakat lain dan beliau telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kaum lain di nagara ini agak kurang senang dan ini ada kemungkinan beliau terlupa bahawa beliau seorang yang berstatus Timbalan Menteri pada masa itu dan sebagai seorang yang berada dalan kabinet, kenyataan yang dibuat amatlah mengecewakan.

Baik, sekarang kita beralih kepada Saudara Ramesh Rao pula, ada beberapa kelebihan yang Sangkakala lihat pada Pengerusi Persatuan Minda dan Sosial ini, selain lantang bersuara menentang pembangkang, Ramesh juga dilihat mampu untuk membawa permasaalahan kaum India dinegara ini untuk diketengahkan dalam dewan negara sekaligus dalam kabinet.


Seperti baru baru ini beliau dengan lantang telah memberikan kritikan supaya kerajaan jangan ikut telunjuk pembangkang.

Bagi Sangkakala, kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang baik kerana kita semua melihat bahawa pembangkang hari ini cuba membawa kerajaan untuk menari dalam irama mereka diatas pentas kita sendiri.

Ramesh juga telah memverikan komen untuk transformasi MIC jika mahukan kebangkitan parti tersebut dan dalam komen beliau tentang MIC ialah, parti tersebut jangan didominasi oleh kaum Tamil hanya semata mata Presiden parti adalah dari masyarakat Tamil.

Ini kerana dikalangan kaum India, ada beberapa etnik lain seperti telegu, malialam, chetiar dan beberapa kaum lagi termasuklah kaum sikh dan mereka ini sepatutnya diberikan juga tempat mengikut populasi kaum sendiri didalam MIC untuk membawa masalah etnik mereka.

Ada beberapa komen lagi yang Sangkakala rasa amat bertepatan dengan slogan Transformasi BN Ke Arah Kecemerlangan yang dinyatakan oleh Ramesh dan bagi Sangkakala tidak mustahil sekiranya beliau diberikan tempat untuk menjadi ganti kepada Waythamoorthy maka lebih banyak penambahbaikan akan dapat dilaksanakan.

Pihak kepimpinan kerajaan perlu mengambil serius dalam penapisan untuk melantik senator atau Timbalan Menteri yang bakal menggantikan Waythamoorthy kerana kita sekarang tidak boleh hanya tangkap muat, perlu ada seorang yang benar benar mampu memberikan komitmen dalam menjayakan kehendak Transformasi BN itu sendiri.

Bagi Sangkalala, Ramesh Rao amat sesuai untuk diletakkan sebagai pengganti kepada Waythamoorthy kerana kesungguhan beliau dalam membantu kerajaan menepis segala tohmahan pembangkang dan membawa isu isu kebajikan serta pembelaan orang orang India ke peringkat atasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan