Isnin, 3 Februari 2014

DAP TAK MENGAKU SALAH GUNA MEDIA SOSIAL

Malam tadi dalam wacana nasional Sangkakala sempat melihat dan mendengar kenyataan daripada ahli parlimen Segambut yang mewakili DAP mengatakan bahawa Red Bean Army hanyalah rekaan semata mata.

Ahli parlimen Segambut itu juga mengatakan bahawa yang menyalahgunakan Media Sosial adalah orang orang Barisan Nasional atau penyokong kerajaan.


Ahli parlimen Segambut itu juga menafikan bahawa pakatan pembangkang telah menyalahgunakan media sosial demi kepentingan politik mereka.

Sangkakala nak beritahu disini, penafian tersebut adalah penafian yang amat bodoh dilakukan oleh seorang ahli parlimen.

Sangkakala berikan contoh, baru baru ini sebuah video klip YB Teresa Kok telah dihasilkan dan ianya mengandungi unsur unsur penghinaan terhadap Perdana Menteri.

Video ini juga telah menadapat reaksi negatif daripada orang ramai yang kini menuntut supaya Teresa memohon maaf kepada Perdana Menteri diatas penghinaan tersebut.

Ini juga merupakan salah satu daripada penyalah gunaan Media Sosial oleh pembangkang yang mana, sebagai seorang ahli parlimen, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk sama sama membantu pentadbiran negara dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang membina.

Tapi kebanyakan dan boleh dikatakan semua pemimpin pembangkang lebih suka membuat atau menggunakan media sosial demi kepentingan politik mereka tanpa memikirkan apakah kesan daripada perbuatan mereka sama ada ianya baik ataupun tidak.

Sepertimana yang diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA bahawa pemimpin pembangkang seharusnya lebih matang dalam menggunakan media sosial.

Pemimpin pembangkang seharusnya membantu kerajaan dalam menangani isu seperti kenaikan harga barang yang mana mereka sendiri tahu bahawa kenaikan harga barang tidak semestinya melibatkan kerajaan.

Sepertimana isu kangkung yang hangat diperkatakan oleh pembangkang tempoh hari, Perdana Menteri mengatakan bahawa harga kangkung dan sawi telah turun, tetapi hanya kangkung yang telah dihangatkan oleh pembangkang sedangkan tidak kepada sawi.

Adakah ini yang dikatakan bahawa pembangkang di negara ini matang dalam penggunaan media sosial?

Begitu juga dengan beberapa himpunan haram yang dilakukan oleh pembangkang, pengumpulan pengikut mereka dilakukan dengan menggunakan media sosial.

Takkan itu semua boleh menafikan bahawa pembangkang selama ini menggunakan media sosial secara tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka sendiri?

Begitu juga dengan kempen kempen politik yang menggunakan media sosial oleh pembangkang, kebanyakannya menyerang peribadi pemimpin kerajaan kerana untuk menyerang kerajaan tentang pembangunan adalah tidak mungkin kerana kerajaan telah melakukan segala pembangunan yang di perlukan oleh rakyat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan