Ini adalah sambungan dari apa yang Sangkakala tuliskan dalam artikel sebelum ini.
Baca DISINI....
Sangkakala nampak tindakkan Daim ini akan lebih memudahkan pergerakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin untuk memanjat ke tangga pemimpin nombor satu UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Jadi disini kesimpulannya, jika Tun Mahathir turut sama dalam konspirasi untuk menjatuhkan Najib adalah meleset sama sekali dan boleh Sangkakala rumuskan bahawa ianya adalah tidak tepat sama sekali.
Ini kerana semua orang tahu bahawa Tun Mahathir tidak akan memberikan laluan mudah kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan sekiranya beliau (Tun Mahathir) terlibat sama, ini sebenarnya memberikan laluan mudah kepada Khairy.
Jadi disini siapakah yang menjadi tangan hitam yang mengatur gerak langkah ketiga tiga mereka yang ada dalam gambar diatas yang mahukan supaya Najib melapaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Mungkin ada sesuatu yang masih tersembunyi di sebalik pakatan mereka untuk menjatuhkan Najib sekarang ni.
Sangkakala menerima beberapa komen dalam artikel sebelum ini dan ada yang mengatakan bahawa Najib perlu turun, persoalannya ialah siapa yang akan menggantikan beliau?
Adakah dengan kenaikan undi UMNO padaPRU yang lepas boleh membuatkan Barisan Nasional kalah? Sepatutnya, kesalahan juga perlu diletakkan atau digalas oleh presiden presiden parti komponen dan tidak adil kalau hanya Najib menjadi sasaran.
Cuba bagi satu alasan yang agak kukuh kenapa perlu Najib dijatuhkan?
Isu kangkong yang disebut oleh orang yang menghantar komen Sangkakala rasa bukanlah dikalangan orang yang cerdik dan mungkin juga bukan dikalangan bukan Melayu.
Sebab apa Sangkakala katakan begitu? Sebab sudah jelas bahawa isu kangkong itu sebenarnya adalah contoh tentang kenaikan harga barang dan Perdana Menteri mengatakan bahawa pada hari beliau memberikan ucapan harga kangkong turun.
Cerita kangkong yang dikatakan telag menjadi bualan tetapi semasa penurunan harga minyak, tidak ada sesiapa pun yang mengucapkan terima kasih.
Sangkakala nak tanya sikit adakah dengan menggantikan orang lain sebagai Perdana Menteri, maka harga barang akan diturunkan serta merta?
Kena ingat juga satu perkara, walau siapa pun menjadi Perdana Menteri, harga barang tetap akan naik dan begitu juga jika bertukar kerajaan, kenaikan harga barang tidak mungkin dapat dielak.
Berbalik kepada isu asal iaitu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Sesuatu yang hendak diturunkan perlu ada juga dengan penggantian, jadi disini siapa yang mampu untuk menggantikan beliau?
Sangkakala ulangi semula kata kata daripada Datuk Rockybru yang merupakan orang lama dalam penulisan tenyang senario politik, tidak ada lagi calon yang mampu untuk menggantikan Najib Razak.
Sepertimana juga yang berlaku di zaman Tun Mahathir apabila beliau dengan tidak semena mena meletakkan jawatan maka berteraburlah Barisan Nasional kerana tidak mempunyai pengganti yang sesuai.
Memang pada tahun 2004 Barisan Nasional memperolehi undi paling tinggi dalam lipatan sejarah, tapi hanya sepenggal dan selepas itu, pada pilihanraya yang seterusnya, Barisan Nasional hampir lumpuh dan hampir menjadi pembangkang.
Hingga ke hari ini, Selangor masih berada dalam tangan pakatan pembangkang, kerana apa semua itu? Dan bagaimana ianya boleh terjadi?
Ini semua berlaku apabila tidak ada orang yang benar benar berkaliber dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai Perdana Menteri.
Adalah Khairy layak untuk menjadi Perdana Menteri selepas Najib Razak? Sedangkan apa yang Sangkakala nampak, ianya akan lebih merumitkan keadaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan