Khamis, 30 Januari 2014

ANWAR BAKAL JADI DUTA PBB ??? BIAR BETUL WEIII !!!

Kalau nak diikutkan mau tergelak berguling atas jalan macam yang dibuat oleh pengikut pakatan pembangkang dalam himpunan BERSIH dulu bila baca statement si Azmin Ali ni.


Punya la taksub sampai boleh kata Anwar pemimpin dunia, dunia mana yang dia pimpin? Dunia ghaib ke?

Nak ke Jepun pun tak boleh masuk, tetiba je kata pemimpin dunia? Alamak aii lah Azmin, jangan le nampak sangat dungu kamu tu.

Kalau dah jadi pemimpin dunia, takkan lah kawasan DUN sebesar Kajang jadi taruhan, lagi pun kalau betul si Anwar tu pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir awal awal lagi dah nampak.

Pemimpin menghancurkan dunia boleh le kot, tapi kalau pemimpin dunia tu agak berat sikit la nampaknya kan?

Sangkakala pun tak tau setakat mana penglihatan Azmin dalam dunia politik sampai boleh keluar kenyataan macam tu, nak kata baru tak juga, sampai boleh jadi timbalan presiden.

Agaknya berapa pulak Anwar terpaksa keluarkan belanja sampai Azmin sanggup keluarkan kenyataan yang mampu membuatkan Doraemon mati terkejut ni.

Sudah sudah lah Azmin, banyak sangat yang kamu dah tanggung pasal si Anwar ni, daripada kea isteri kamu, sampai le ke anak kamu,  termasuk mak kamu dan adik beradik kamu semuanya pasal si Anwar.

Jadi tak payah le nak back-up lebih sangat, jangan pula kata banyak pemimpin bernama besar dalam dunia pernah kena penjara sebab mereka tu kena penjara mempertahankan bangsa dan pendirian, bukannya salah guna kuasa macam Anwar.

Lagi satu, si Azmin mencabar supaya Datuk Seri Najib diletakkan sebagai calon di PRK Kajang.

Ini lagi le statement bangang oleh Azmin, orang UMNO ni tak gila kuasa macam pemimpin pakatan yang semuanya bertanding sebagai ahli parlimen dan juga ahli dewan undangan negeri serentak.

Sebab apa jadi macam tu? Sebab kami dalam UMNO ada ramai pemimpin hebat yang mampu diketengahkan, tak macam pakatan yang tidak memberikan laluan kepada pemimpin lain untuk bertanding.

Itu pun kalau ada pemimpin lain la, tapi nampaknya pemimpin pakatan sendiri tidak yakin dengan ahli yang ada dan sekali gus tidak memberikan mereka peluang sebagai calon.

Lagi pun kalau bertanding dua jawatan dan menang boleh le dapat gaji lebih sikit kan, macam juga Anwar, bertanding sebagai ADUN dan nanti boleh jadi Menteri Besar tentu lah gaji yang diterima lebih banyak dan kekayaan boleh di kumpul.

Itu je motif pakatan pembangkang ni, tapi yang bodohnya para pengikut serta pengundi pakatan, dah tau macam tu pun masih lagi nak bagi undi, lepas tu merungut sendiri ADUN atau Ahli Parlimen tak buat kerja di kawasan masing masing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan