Ahad, 15 Disember 2013

PENIAGA JADI MENTERI !!! @NajibRazak MENEMPAH PARAH !!!

Pelik juga bila Perdana Menteri meletakkan orang yang bukan dalam kalangan faham politik sebagai Menteri.


Dulu masa dalam syarikat Perbankan mungkin Datuk Seri Wahid dilihat sebagai tokoh korporat yang berjaya, tapi bila diletakkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Sangkakala tak nampak dimana bagusnya dia ni mencari sokongan untuk kerajaan.

Dengan kenaikan segala bagai keperluan dan perkhidmatan mampukah Barisan Nasional terus berada di hati rakyat? 

Semua orang tau dan rakan Sangkakala sendiri mengatakan bahawa Wahid memang dikatakan hebat dalan perniagaan, tapi keperluan rakyat bukanlah satu perniagaan yang boleh dijadikan urusan jual beli.

Kalau barangan mungkin ada alternatif penggunaan tapi bila perkhidmatan takkan nak suruh pengguna terus tidak menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Seperti contoh, kenaikan tarif elektrik, takkan nak suruh rakyat pakai pelita sebagai alternatif kepada cahaya.


Tenaga Nasional Berhad mencatat keuntungan yang besar dalam perolehan tetapi masih lagi mahu menaikkan kadar tarif elektrik.

Yang menjadikan kerajaan dilihat sebagai kurang bijak dalam isu ini ialah dengan mengatakan bahawa rakyat yang tidak akan terbeban dengan kenaikan ini dan kenaikan ini hanya akan dirasai oleh peniaga peniaga yang menggunakan tenaga elektrik dalam skala yang besar.

Tapi pernah tak terfikir kalau perniagaan ini terpaksa membayar tarif dengan harga tinggi, maka mereka akan menaikkan barangan yang bukan dalam kawalan dan rakyat terpaksa membeli barangan tersebut tanpa pilihan lain.

Bukan itu sahaja, pengangkutan yang menggunakan sumber elektrik juga akan menaikkan tambang mereka seperti LRT, Monorail dan sebagainya dan sudah pasti mereka yang mwnggunakan kemudahan atau perkhidmatan ini majoritinya adalah golongan pertengahan dan jika ada kenaikan kenaikan ini maka ianya akan mendatangkan masalah kepada mereka.

Kini dihebahkan pula dengan kenaikan kadar tol yang dilihat akan membebankan rakyat sekali lagi, takkan nak suruh rakyat berjakan kaki jika hendak mengelak dari membayar tol.


Kenaikan tol tidak dapat dielak, itu adalah alasan semata mata, septutnya kerajaan memberitahu kepada rakyat berapa tahun sekali akan ada pelarasan semula kadar tol oleh konsesi.

Bukan naik lepas tu bagi tau tak dapat dielakkan kenaikan tersebut.

Mungkin bagi Wahid, beliau tidak akan merasa apa permasaalahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan ini sebab semua pembayaran tol dan sebagainya termasuklah minyak kenderaan dan mungkin juga bil elektrik dibiayai oleh kerajaan dan beliau tidak perlu memikirkan segala masalah terswbut sampai naik pecah kepala.

Bagi Perdana Menteri yang sudah lama bergelumang dalam politik sudah pasti lebih tahu apa akan jadi jika perkara ini menjadi sebutan dari masa ke semasa dan sudah pasti ianya akan menerima kesan buruk dalam pilihanraya akan datang.

Satu lagi, jika kerajaan mmenurunkan segala kenaikan ini walaupun hingga ke oaras negatif, adakah rakyat akan percaya lagi dengan janji janji kerajaan?

Fikir fikirkanlah kalau masih mahu yerus menjadi pemerintah, jafilah pemerintah yang baik yang betul betul meyakinkan rakyat dengan slogan yang digunakan.