Sangkakala terbaca dalam entri yang dibuat oleh rakan blogger ADC yang menulis tentang kematian seorang anggota NAVY yang dikatakan berpunca disebabkan mati lemas tetapi disangkal oleh 2 orang anggota NAVY berpangkat pegawai dan LLP.
Baca DISINI untuk maklumat lanjut
Kalau mengikut dari penglihatan yang dibuat pada gambar diatas, ada kemungkinan juga bahawa simati meninggal bukan kerana mati lemas sebab keadaan mayat yang berdarah dan ada kesan lubang pada dada sebelah kiri mayat.
Perkara ini perlu disiasat dengan secara terperinci kerana tidak sepatutnya perkara buli kalau wujud sampai mengakibatkan kematian berlaku terhadap anggota tentera dan mereka yang melakukan perkara tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan.