Misi yang mendapat kerjasama dari beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan dan syarikat swasta akan membawa bahan makanan serta peralatan untuk membersihkan kediaman mangsa yang rosak teruk dalam kejadian banjir baru baru ini.
Ketua Pemuda negeri Perak yang baru, saudara Khairul atau lebih mesra di panggil dengan panggilan Own mengetuai rombongan bagi menghantar bantuan dan sukarelawan bantuan pasca banjir kali ini.
Rombongan juga disertai oleh pasukan perubatan daripada Hospital UniKL yang menghantar pasukan #uniklcare untuk turut sama dalam misi bantuan ini.