Selasa, 10 Disember 2013

JPJ BERTINDAK KEJAM !!! SAMAN LORI BANTUAN BANJIR @HishammuddinH20

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam." Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

"Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan? 

"Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun," katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini. 

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat. 

"Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

"Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan," ujarnya. 

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. 

Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya. 

"Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda. 

"Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,"

Apa dah jadi ni? Takde sifat prikemanusiaan langsung ke?

Mohon pencerahan daripada pihak yang bertanggungjawab. 

Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan