Hoiii !!!! Orang bagi naik gaji bukan suruh tidur, tapi suruh buat kerja dengan lebih baik, tingkatkan prestasi dan bukannya membuta dalam dewan undangan tu.
Inilah akibat kenaikan gaji yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semalam, akibatnya lebih ramai le ADUN Pakatan akan tertidur lena sebab dah merasa selesa sebab jika pilihanraya akan datang juga sudah tentu rakyat akan memilih puak puak ni untuk mentadbir negeri.
Tapi dimana relevan kenaikan gaji yang diluluskan semalam? Apa sumbangan yang akan diberikan oleh ADUN pakatan yang berjumlah seramai 44 orang dalam dewan tersebut.
Apa yang Sangkakala nampak tidak lebih dari mengganggu hujah yang diberikan oleh ADUN Barisan Nasional semasa sessi perbahasan dan semasa sessi soalan juga begitu seolah olah mereka cuba menutup kesalahan dan kesilapan kerajaan negeri.
Berkenaan dengan kenaikan gaji pula, Sangkakala lihat Menteri Besar serta Ahli Dewan Negeri Selangor cuma mengambil kesempatan diatas kemenangan mereka di negeri ini.
Dalam pada mereka mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional berbelanja secara melulu mereka pula mengambil kesempatan dengan menaikkan gaji masing masing.
Memang betul didalam Dewan tersebut ada ADUN dari BN tetapi apa yang mampu dilakukan jika majoriti menyokong keputusan? Mahu atau tidak terpaksa bersetuju kerana suara majoriti memberikan undi kepada keputusan.
Tapi kenaikan yang dibuat pada Sangkakala amat melampau dan ini juga sebenarnya dinyatakan oleh ketua pembangkang Selangor yang mana beliau mengatakan adalah wajar jika ada kenaikan tetapi bukanlah melampau sangat kenaikannnya.
Gaji Menteri Besar dan exco dilihat sudah melebihi gaji Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Cuba lihat gaji yang tertera diatas, itu gaji Menteri Besar dan speaker dewan, belum gaji exco kerajaan negeri lagi tu.
Ini ke yang dikatakan perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Selangor?
Makin hari makin teruk nampaknya keadaan dinegeri Selangor lepas ni, dengan kehilangan pendapatan sebanyak RM 4.8 juta setahun setelah bangunan Yayasan Selangor tidak disewakan, kini ditambah pula dengan kenaikan gaji para ADUN.