Jumaat, 29 November 2013

ADUN DIPINGGIR !!! PEMBANGUNAN PERLU PEMANTAUAN @NajibRazak @nohomar

Kelmarin Sangkakala bersama sama dengan penduduk di kawasan Subang dikejutkan dengan berita kehadiran wakil dari Bank Dunia yang dikatakan akan membuat pelaburan di kawasan Subang.

Yant sebenarnya Sangkakala bukan terkejut sebab apa, cuma terkejut kerana pihak berkuasa tempatan tidak memaklumkan perkara tersebut kepada ADUN kawasan yang terlibat.

Kenapa jadi sampai macam tu? Takkan seorang wakil rakyat tidak boleh dimaklumkan sedangkan jika ada sebarang masalah maka wakil rakyat akan dipersalahkan dan mereka ini akan dikatakan tidak pandai atau tidak ambil pusing dengan keadaan sekeliling.

Sangkakala ada terjumpa notis program yang melibatkan bank dunia tersebut itupun dari orang yang tidak Sangkakala ketahui dan dari apa yang Sangkakala tahu, program tersebut juga melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Baik, sekarang Sangkakala nak bagi tau pulak pada KPKT, kalau ada apa apa program pembangunan yangbdijalankan oleh kerajaan pusat, adalah lebih baik ianya di pantau oleh agensi kerajaan pusat supaya rakyat tahu siapa yang membiayai projek tersebut dan ini sebenarnya akan membuka mata rakyat yang selama ini ditipu oleh kerajaan negeri khususnya Selangor bahawa mereka yang menjalankan pembangunan tersebut.

Projek projek seperti ini seharusnya di pantau oleh ICU contohnya yang menjadi agensi kerajaan pusat di negeri negeri yang dikuasai oleh pembangkang. 

Dengan cara ini juga, tidak akan ada ketirisan dalam perjalanan projek tersebut.

Selama ini kerajaan Selangor selalu mendendangkan bahawa mereka yang menjalankan projek pembangunan negeri walaupun pada hakikatnya ianya adalah projek kerajaan pusat.

Rakyat selama ini ditipu sepanjang masa oleh kerajaan negeri kerana banyak peruntukan disalurkan oleh kerajaan pusat namun ianya dinafikan oleh kerajaan negeri semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka yang melakukan projek tersebut.

Harap pihak kerajaan pusat selepas ini memandang serius perkara ini supaya ianya dapat dimaklumkan kepada rakyat dan rakyat dapat menilai dengan lebih baik.