Nampaknya Karpal Singh lupa bahawa beliau adalah pengerusi DAP dan bukannya sebagai pengerusi ROS yang bileh mengarahkan pendaftar pertubuhan tersebut menerima pemilihan semula anggota CEC mereka baru baru ni.
Kalau nak diikutkan Karpal Singh ni peguam, tapi takkan tak tau apa tugas tugas ROS agaknya sampai ugut nak bawa ke mahkamah atau mengambil tindakan undang undang sekiranya badan tersebut tidak menerima pemilihan semula CEC DAP.
Karpal juga seolah olah mengugut dan memaksa ROS untuk menerima keputusan CEC mereka yang terpaksa dibuat semula ekoran beberapa laporan dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan sebelum ini.
Pemilihan sebelum ini telah dilakukan dengan penuh kontroversi apabila ada perwakilan yang membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis perhimpunan dan masalah kesilapan pengiraan undi yang jelas ketara.
Namun kali ini juga terdapat beberapa rungutan terutamanya dari segi undi terhadap wakil orang Melayu dalam DAP dan ada beberapa rungutan lagi.
Ini tidak termasuk pertikaian oleh ahli bahawa notis perhimpunan perlu diberi sekurang kurang nya 10 minggu dari tarikh perhimpunan dan adakah itu berlaku dalam pemilihan kali kedua ini?
Itu belum lagi termasuk dengan ahli yang telah gugur keahliannya diberikan kuasa untuk mengundi pada kali ini dan adakah itu juga bermakna DAP telah melanggar perlembagaannya sendiri?
ROS perlu menyiasat semula perkara tersebut dan tidak perlu gentar dengan ugutan Karpal Singh untuk membawa ROS ke mahkamah jika pemilihan kali ini ditolak.