Aduhh..apa nak jadi anak anak zaman sekarang yang seperti tiada langsung maruah diri dan tiada langsung perasaan malu dengan memuat naik gambar seperti diatas dalam laman facebook mereka.
Apa perasaan ibu bapa apabila mengetahui sikap dan perbuatan anak setelah diberi keparcayaan untuk keluar rumah tetapi melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Kadang kadang Sangkakala sedih dengan sikap anak anak melayu kini yang sudah hilang sifat malu atau langsung tak tahu menjaga air muka keluarga.
Dengan memuat naik gambar sedang berkemban dengan pasangan lelaki sudah pasti akan menimbulkan syak wasangka bagi mereka yang melihat gambar tersebut.
Sebagai anak anak pelapis yang akan mewarisi negara ini, sikap sebegini tidak patut dilakukan apatah lagi Sangkakala lihat dari raut wajah kedua dua mereka terlalu muda dan kemungkinan besar masih dibangku sekolah lagi.
Kejarlah pelajaran terlebih dahulu kerana pelajaran itu amat penting untuk masa depan.