Rabu, 7 Ogos 2013

TAK RETI BERTERIMA KASIH !!! MACAM MANA NAK JADI PEMIMPIN ???

Sangkakala terbaca dalam facebook ada seorang Naib Ketua UMNO bahagian mengatakan bahawa beliau ada menerima kad hari raya dari seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan biodata diri.

Apa yang dikatakan oleh Naib Ketua tersebut? Bunyinya lebih kurang begini, "Ada sorang ketua pemuda negeri tu hantar kad hari raya bersama dengan biodata diri, sebelum ni tak pernah pun, saya ni Naib Ketua Bahagian, bukan ada undi kalau dia nak bertanding Naib ketua Pemuda UMNO Malaysia pun, apa la yeop, tengok kiri kanan kalau nak terjun pun yeop, salam".

Itu le lenih kurang ayatnya, tapi kenapa Naib Ketua Bahagian yang bergelar Datuk ni kata macam tu? Kan ke kad raya dihantar sebagai salah satu cara pengganti diri, bukan semata mata nakkan undi.

Dah tau diri takde undi, anggap itu tanda ingatan dari seorang rakan seperjuangan sudah la, tak perlu nak kata apa apa, atau mungkin juga sebab nak perkenalkan diri sebagai Naib Ketua Bahagianyang dengar cerita nak bertanding sebagai Ketua Bahagian?

Nampaknya masih ada lagi orang orang UMNO yang tak tau nak bersyukur atau berterima kasih bila kawan kawan menghantar kad hari raya.

Lupa pulak, Sangkakala ada terima kad raya daripada Timbalan Perdana Menteri, dan disini Sangkakala nak ucapkan terima kasih kepada beliau tapi Sangkakala juga takde undi untuk Tan Sri mengekalkan jawatan sekiranya ada pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden.

Adakah Sangkakala perlu keluarkan juga status macam tu dalam facebook?

Setahu Sangkakala, Datuk kita ni agak jarang juga bermain dalam lingkungan media sosial ni, tapi kini Sangkakaal tengok cukup aktif lak, tambahan pula bila dah dekat dekat dengan pemilihan ni, semua program sampai makan roti canai pun masuk dalam facebook.

Kalau dulu nak jumpa pun agak sibuk sampai Sangkakala terjumpa dengan beliau baru baru ni pun beliau tak kenal sedangkan Sangkakala pernah duduk sebagai Ketua Pemuda Cawangan dalam bahagian dia pada tahun 2008-2011 sebelum meletakkan jawatan.

Tapi mungkin juga dulu beliau amat sibuk kesana kesini tak kira dalam atau luar negara dan sebab itu juga tak boleh nak layan sangat alam maya ni, tapi sekarang ni banyak masa diluangkan dalam alam maya sebab hari pemilihan sudah hampir tiba dan gerakan perlu dilakukan.

Ini bermakna Datuk kita ni pun tak kenal orang, sedangkan jumpa pun tak tegur (mungkin tak kenal) inikan pula nak hantar kad raya atau sebagainya, selama 3 tahun duduk dalam bahagian Datuk kita ni, belum pernah sekali pun Sangkakala terima kad raya, nak jumpa dalam program pun susah hinggalah Sangkakala meletakkan jawatan.

Jadi tak perlulah nak menunding jari mengata orang itu ini, sedangkan kita sendiri pun pernah duduk dalam situasi sama atau mungkin lebih teruk dari tu.

Tapi oleh kerana beliau tidak menyebut nama orang yang dikatakan tu, Sangkakala pun tak mau la sebut nama dia kat dalam blog Sangkakala ni, cuma rasa agak tidak sesuai bila seorang pemimpin bersikap kebudak budakan duduk dalam bahagian, tambahan pula beliau pernah jadi SUSK kepada seorang Menteri satu masa dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan