Rabu, 7 Ogos 2013

BLOGGER TAK RETI BERNIAGA TERUS MEROYAN BILA TAWARAN DITOLAK

Sangkakala nak ketawa pulak bila tengok satu artikel tentang seorang calon Naib Ketua Pemuda yang dikeluarkan oleh seorang bligger tentang tawaran atau proposal beliau yang ditolak oleh calon tersebut terus di zahirkan dalam laman blog milik beliau.

Nampak sangat la blogger ni tak rti berniaga, tapi kalau dengar dari cakap memang berdegar gila babi punya, seolah olah beliau mempunyai kehebatan luar biasa dalam membuat satu satu proposal dan beliau mengatakan yang beliau profesional. 

Tapi apabila Sangkakala baca daripada penulisan yang beliau coretkan dalam laman blog, hilang terus rasa profesional yang selama ni ada sedikit untuk blogger tersebut.

Bukan la kata Sangkakala ni profesional tapi dalam bab ilmu perniagaan tu ada la sikit sikit jadi taklah jadi masalah sangat kalau proposal tu kena reject atau sebagainya.

Lagi pun yang sebenarnya bukanlah ditolak mentah mentah, masih ada tidak seperti yang dicadangkan.

Takkan nak paksa orang terima apa yang kita cadangkan dan kalau itu cara untuk berniaga maknanya dah memaksa orang untuk terima dan itu bukan profesional.

Tapi biasalah, blogger yang dah lama dibayar, jadi bila suruh untuk cari makan sendiri mula le kelam kabut, anggap diri sendiri penuh dengan kepakaran tapi pada hakikatnya perlukan kawan kawan lain juga untuk back-up.

Perangai kebudak budakkan, sampai bila pun takkan maju kehadapan kalau sikap orang yang macam ni.