Isnin, 8 Julai 2013

UCAPAN TERIMA KASIH DARI SANGKAKALA

Pagi tadi lebih kurang jam 6 pagi, isteri Sangkakala telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hospital Sungai Buluh Selangor melalui satu pembedahan.

Dan pada jam 9 pagi Sangkakala terpaksa berangkat ke Pulau Pinang kerana ada urusan penting yang perlu Sangkakala selesaikan disini dan Sangkakala terpaksa meninggalkan isteri Sangkakala dihospital tersebut dibawah jagaan pihak hospital.

Tengah hari tadi isteri Sangkakala telah menghubungi Sangkakala dan memberitahu bahawa beberapa orang pelajar dari sebuah kolej yang sedang melakukan praktikal di hospital tersebut amat membantu isteri Sangkakala.

Disini Sangkakala ucapkan jutaan terima kasih kepada Thomas, Rahah, Hanis dan Hajar dari Windfield International College yang begitu prihatin kepada isteri Sangkakala yang masih lagi mengalami pendarahan.

Menurut apa yang disampaikan oleh isteri Sangkakala, mereka ini tidak leka dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan Sangkakala amat berharap agar mereka kekal bersikap begitu sampai bila bila.

Bukan maksud Sangkakala menidakkan budi dan jasa kakitangan hospital yang lain, tetapi memandangkan mereka ini masih lagi pelajar tetapi telah menujukkan sikap yang amat baik dan bagi Sangkakala, mereka berhak untuk Sangkakala puji dari segi sikap dan tanggungjawab, terima kasih sekali lagi dari Sangkakala.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan