Isnin, 8 Julai 2013

MANSUH AKTA AKTA PENTING !!! BUKTI PAKATAN ADA AGENDA LAIN

Malaysia pada hari ini dilihat semakin kurang dengan akta akta yang mampu untuk menyelamatkan kedaulatan negara..ini dapat kita lihat apabila pembangkang semakin berani untuk meminta beberapa lagi akta dimansuhkan tanpa mengira sama ada ianya baik ataupun tidak.

Dua akta sebelum ini telah dimansuhkan dan diganti dengan akta lain dan Sangkakala ambil contoh disini seperti akta ISA yang mana ianya amat perlu demibuntuk mengekang kegiatan kegiatan yang mengancam keselamatan negara seperti kegiatan pengganas dan sebagainya.

ISA sebenarnya amat perlu dikekalkan memandangkan jika terdapat perlakuan yang menjurus ke arah keganasan maka akta ini akan digunapakai oleh pihak keselamatan demi untuk mengawal keadaan dari menjadi lebih buruk.

Tindakan parti pembangkang yang mengusulkan supaya akta ini dihapuskan Sangkakala lihat tidak lebih daripada mereka mempunyai agenda serta niat tertentu dimana mereka mengatakan bahawa negara negara maju tidak lagi mengamalkan ISA adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana di Singapura sahaja akta patriot digunapakai dan ianya adalah sama dengan ISA cuma namnya sahaj berbeza.

Apakah ada kemungkinan bahawa pakatan pembangkang ingin melakukan sesuatu setelah akta ini dihapuskan? Perkara ini seharusnya diambil kira dan ianya perlu dikaji sedalam serta sejauh mungkin.

Kali ini pakatan pembangkang inginkan pula akta hasutan dihapuskan dimana jika ianya dihapuskan menurut kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri, ianya akan membawa satu permasaalahan dan ianya akan melibatkan beberapa perkara dalam perlembagaan negara.

Menurut Datuk Seri Zahid, beberapa perkara seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi..kedudukan Raja Raja Melayu..kedudukan bahasa Melayu dan keistimewaan serta hak orang Melayu akan diperlekehkan dengan sewenang wenangnya.

Sangkakala amat setuju dengan kenyataan ini memandangkan jika akta hasutan ini juga dimansuhkan..maka sesiapa sahaja boleh memperkatakan tentang bukan sahaja empat perkara dalam perlembagaan tadi..malah lebih dari itu lagi akan dilakukan oleh mereka.

Apa yang menjadi kehairanan Sangkakala kini ialah..kenapa pakatan pembangkang mahu menghapuskan segala macam akta akta ini sedangkan mereka mengatakan bahawa kerajaan perlu menguatkuasakan undang undang secara maksimum memandangkan menurut mereka negara ini mencapai kadar jenayah yang gak tinggi.

Dalam mereka mempersoalkan kadar jenayah itu berlaku..mereka sendiri meminta supaya beberapa akta dimansuhkan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah..pembangkang selama ini amat risau dengan akta akta yang ada kerana ini akan membuatkan mereka boleh didakwa atas kesalahan kesalahan yang mereka lakukan dan apabila akta akta ini dimansuhkan maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tidak kira sama ada ianya melanggar tatasusila sebagai seorang rakyat sebuah negara atau tidak.

Dapat kita lihat dengan adanya akta himpunan aman..mereka menggunakan kesempatan ini untuk berdemo disana sini tanpa halangan dan apabila penahanan dilakukan mereka akn menunding jari kearah kerajaan kononnya kerajaan bertindak zalim dan kejam kerana tidak memberi mereka peluang untuk bersuara. 

Selama ini kerajaan tidak pernah menidakkan mereka untuk bersuara tetapi ianya mestilah menggunakan saluran yang ditetapkan demi untuk menjaga keselamatan negara.

Akan tetapi dengan kebebasan yang sedikit sebanyak diberikan oleh kerajaan kepada mereka. .maka mereka kini bebas untuk melakukan segala perkara perkara tersebut tanpa kekangan mana mana pihak atau akta.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu melihat bahawa akta akta ini amat diperlukan demi menjaga keselamatan negara serta kedaulatan perlembagaan negara kita.