Jumaat, 19 Julai 2013

#KualaBesut @razaliibrahim MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH JOHOR MERIAH

Majlis bebuka puasa yang diadakan di rumah Johor pusat daerah mengundi Seberang Barat Luar meriah apabila Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, Dato' Razali Ibrahim meraikan para petugas dari negeri tersebut.

Semua jentera dari negeri Johor dilihat amat gembira dapat berbuka bersama sama beliau petang ini yang turut dihadiri oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Tun Faisal Ismail serta saudara Nazir Akhtar yang turut sama dalam rombongan Dato Razali untuk melawat kawasan sekitar pusat daerah mengundi.

Rata rata mereka selama dalam tempoh kempen yang berbaki tidak beberapa hari menjelang pilihanraya memberikan komitmen tinggi dalam usaha memberikan kemenangan bergaya untuk calon Barisan Nasional pilihanraya kecil Kuala Besut, Tengku Zaihan.

Negeri Johor menghantar jentera seramai lebih kurang 30 orang untuk membantu jentera tempatan dalam kempen yang diadakan, dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh jentera tempatan dan juga dari negeri Johor ini kemenangan kepada calon Barisan Nasional dilihat lebih cerah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan