Sabtu, 20 Julai 2013

#KualaBesut AZHAR IDRUS BINATANGKAN ORANG !!! INI AJARAN AGAMA ISLAM KE ???

Diatas adalah gambar dimana seorang sahabat telah hantarkan kepada Sangkakala, dan dalam video yang disebutkan dalam gambar tersebut jelas Ustaz Azhar Idrus telah membinatangkan warga warga Bangladesh yang menetap dan bekerja di Malaysia kerana didakwa menjadi pengundi hantu.

Gambar yang kedua dan ketiga pula menunjukkan bahawa ada seorang penggiat media sosial dalam laman facebook telah mempersoalkan tentang Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan perkataan binatang tersebut kepada warga Bangladesh.

Bagi Sangkakala, tidak sepatutnya perkara begitu dilakukan dan perkataan itu diucapkan oleh seorang Ustaz yang boleh dikatakan dihormati oleh para peminat beliau.

Sebagai orang yang bijak dalam agama, adalah amat mendukacitakan apabila Ustaz Azhar berkata begitu kerana walaupun mereka berlainan bangsa, namun mereka juga adalah makhluk Allah di muka bumi ini.

Seperti komen yang dikeluarkan dalam gambar kedua dan ketiga, adakah kerana mereka tidak sehebat bangsa barat maka mereka layak dikata sebegitu.

Adakah mereka dianggap sama seperti hamba abdi oleh ustaz Azhar Idrus hingga sanggup digelar sebagai binatang dan sebagainya.

Ingatlah, mereka juga adalah manusia sama seperti kita yang dicipta oleh Allah, dan mereka juga ada kelebihan yang tersendiri.

Seperti yang didakwa oleh ustaz Azhar Idrus bahawa mereka ini adalah pengundi hantu, tidak ada seorang pun dikalangan pembangkang yang membuat laporan polis tentang perkara tersebut ini juga termasuklah ketua pembangkang yang hanya membuat laporan polis berhubung dengan dakwat kekal.

Jika benar seperti yang didakwa oleh pembangkang dan juga ustaz Azhar Idrus yang mana mereka ini adalah pengundi hantu, sila kemukakan bukti, terutamanya ustaz Azhar Idrus yang cukup bijak dalam agama, sudah pasti memerlukan bukti kukuh baru boleh mengeluarkan tuduhan, jika tidak ianya akan menjadi satu fitnah dan sudah pastinya ustaz Azhar tahu bahawa fitnah adalah sama seperti membunuh.

Takkan ustaz Azhar yang hebat berceramah disana sini tidak tahu atau mengerti tentang perkara ini atau sengaja melupakan perkara tersebut?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan