Selasa, 28 Mei 2013

TAHNIAH KEPADA USTAZ YOUTUBE

Semua orang tau bahawa baru baru ni berlangsung majlis perkahwinan diantara ustaz Azhar Idrus dengan seorang gadis berusia 26 tahun dan dalam pada itu juga ramai yang memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut.

Tapi Sangkakala nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada UAI kerana mendirikan rumah tangga buat kali yang ketiga dan apa yang pasti UIA perlu ingat, segala apa yang pernah diperkatakan tentang orang lain seperti haram cukur kening dan sebagainya jangan pula sampai isteri UIA sendiri lakukan perkara sama.

Perlu juga diingat bahawa kadang kadang kita lupa apa yang kita perkatakan tapi orang lain mungkin ada yang tidak melupakan setiap apa yang pernah kita ucapjan dan bila ianya berlaku kepada kita, maka kita akan ditempelak dengan apa yang pernah kita ucapkan atau pertikaikan.


Dalam makanan yang ada dihadapan ustaz tu juga nampaknya penuh dengan kemewahan, rasanya tak perlu la sampai begitu kerana kesederhanaan itu kan tuntutan agama? 

Sebagai seorang ustaz, rasanya beliau juga mengetahui perkara tersebut dan Sangkakala pernah juga mendengar UAI berceramah dalam youtube bahawa suami yang baik tidak akan mempamerkan isteri di khalayak kerana takut akan fitnah.

Makan beradap tu mesti takde orang kat depannyakan? Jurugambar tu pun mesti halimunan.

Hehe..apa apa pun selamat melayari bahtera perkahwinan kali yang ke tiga ye Istaz..ingat..jangan masukkan dalam youtube pulak..