Isnin, 27 Mei 2013

#505 LAGI DEMO NAK DIADAKAN OLEH PKR

Balik balik demo, rakyat Malaysia dah naik menyampah dengan kerja PKR yang hanya tahu berdemo untuk itu dan ini dan yang mengecewakan pula ialah ianya di sebut oleh seorang peguam.

Majlis peguam ni buat apa yabg sebenarnya? Adakah mereka ini akan tunduk dengan segala perbuatan peguam mereka yang dusuk didalam pakatan pembangkang selama ini atau mereka sudah mahu menjadi sebahagian daripada pembangkang? 

Sepatutnya sebagai seorang peguam N.Surandran mengambil pendekatan untuk mencari jalan bagaimana untuk mententeramkan keadaan bukan dengan membawa orang ramai untuk berdemo di jalanan.

Kredibiliti Majlis Peguam dilihat hari ini semakin lemah apabila mereka hanya menurut tentang apa yang dilakukan oleh para peguam mereka.

Seperti pak turut yang mengiyakan sahaja perlakuan ahli dalam majlis tersebut.

Sangkakala pun hairan juga bagaimana sebuah majlis yang menjaga para profesional ini boleh membiarkan ahli mereka melakukan perkara perkara tersebut. 

Nama sahaja sudah menunjukkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengamal undang undang,  namun Sangkakala tidak nampak mereka ini benar benar profesional dalam menguruskan ahli mereka sendiri.

Ini juga dilihat amat memalukan dan apa yang pastinya Sangkakala lihat, majlis peguam perlu lebih telus dalam menangani kes kes sebegini.

Sangkakala juga merasakan bahawa peguam yang terlibat dalam politik seperti ini amat tidak layak untuk menjadi seorang peguam kerana mereka ini terlalu emosi dan sebagaimana yang kita tahu, pengamal undang undang yang terlalu emosi tidak boleh mengendalikan sesebuah kes dengan baik.

Ada juga peguam yang Sangkakala lihat mengambil sikap sambil lewa dengan kes kes yang dikendalikan oleh mereka hanya semata mata kerana sibuk berpolitik.