Khamis, 23 Mei 2013

KEMENTERIAN JANGAN LEPAS TANGAN

Tujuan Sangkakala menulis artikel kali ini bukanlah untuk menempelak atau mengajar sesiapa melakukan kerja atau tugas mereka.

Sangkakala juga tahu bahawa mereka yang berada didalam Kementerian atau Jabatan mempunyai banyak tugasan dan mereka selama ini juga amat komited dalam menjalankan tugas.

Tapi Sangkakala mengambil pendekatan terhadap satu insiden baru baru ini yang melibatkan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang meninggalkan seorang ibu serta anaknya hanya kerana anak kecil berusia 14 bulan tersebut baru sahaja sembuh daripada demam campak.

Apa yang Sangkakala maksudkan tentang Kementerian jangan lepas tangan ialah, kita di Malaysia mempunyai Kementerian Kementerian dan tugasan Kementerian ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Sangkakala amat terharu dengan apa yang terjadi terhadap dua beranak yang tidak diberikan kebenaran untuk menaiki pesawat Air Asia dari Ho Chi Minh ke Malaysia yang di laporkan oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek baru baru ini.

Sangkakala rasa Kementerian Pengangkutan perlu mengambil tindakan yang tegas supaya perkara ini tidak lagi berlaku terhadap pengguna perkhidmatan penerbangan ini dimasa akan datang.

Jabatan Penerbangan Awam yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan perlu memanggil kakitangan Air Asia yang terbabit kerana apa yang Sangkakala tahu, mereka ini semua pernah menjalani kursus bagaimana menangani situasi sebegitu.

Alasan yang diberikan oleh pihak Air Asia pada Sangkakala amat tidak bertepatan dengan prosedur penerbangan kerana jika kanak kanak terbabit memang disahkan membawa penyakit berjangkit, sudah pastilah pesawat MAS tidak akan membawa kanak kanak dan ibu malang tersebut pulang pada hari yang sama.

Ini dilihat amat mendukacitakan kerana yang menerima nasib malang tersebut adalah rakyat Malaysia sendiri, ini bukanlah bermaksud Sangkakala mengatakan jika rakyat luar boleh diperlakukan begitu, cuma apa yang Sangkakala cuba katakan disini ialah, sekiranya ia berlaku pula kepada warga asing, sudah tentu nama baik negara akan tercalar dengan sikap tidak profesional kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

Di Malaysia, kita juga mempunyai Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan yang mana setahu Sangkakala ianya melindungi para pengguna tidak kira apa perkhidmatan atau jual beli barangan sekalipun.

Dalam kes ini, ternyata kedua dua orang mangsa ini telah dinafikan haknya untuk menaiki pesawat tersebut dan perkara yang paling penting ialah, mereka pembeli tiket kapal terbang dan menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut, ini bermakna kebajikan mereka berdua perlu di ambil perhatian secara serius.

Bukan niat Sangkakala menghasut, tetapi atas dasar kemanusiaan dan kebajikan rakyat, Sangkakala harus dan wajib melakukan teguran serta memberikan pendapat Sangkakala sendiri.

Air Asia dilihat seperti mengambil sikap tidak peduli dan lepas tangan diatas kejadian tersebut walaupun Sangkakala dengar ada wakil daripada Air Asia kini sedang mencari ibu serta kanak kanak tersebut di Malaysia.

Cuba para pembaca bayangkan jika Mazidul tidak mengeluarkan artikel berkenaan, mungkin tiada siapa pun yang tahu apa terjadi dan cuba kita bayangkan juga, jika MAS tidak menghulurkan bantuan pada masa itu, apa nasib yang bakal terjadi kepada dua beranak ini?

Dengan ketiadaan pakaian dan kelengkapan serta wang yang mencukupi sudah pasti akan menjadikan wanita ini serta kanak kanak tersebut menjadi gelandangan di Vietnam dan kita di sini tidak tahu apa terjadi kepada mereka berdua disana.

Sangkakala menyelar sikap Tony Fernandes yang Sangkakala rasa terlalu ego dengan kekayaan yang dimiliki oleh beliau kini hinggakan menghantar wakil untuk berjumpa dengan wanita terbabit.

Sedangkan kita baru baru ini dikejutkan dengan kejayaan dalam pertaruhan kereta formula1 oleh Tony yang membuatkan Richard Branson terpaksa memakai pakaian pramugari dan disambut dengan mesra oleh Tony.

Kenapa Richard boleh disambut meriah, tetapi Tony tidak mampu untuk berjumpa dengan wanita ini untuk memohon maaf? Kerana Richad kaya dan setaraf dengan beliau? Atau kerana wanita tersebut tidak sekaya beliau dan merupakan orang Melayu?

Itu semua perlu dijawab oleh Tony sendiri, kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku.

Berbalik kepada beberapa Kementerian tadi, Sangkakala amat berharap agar Kementerian Kementerian ini tampil untuk membuktikan bahawa mereka perihatin dengan permasaalahan yang terjadi berhubung dengan perkara asal tadi.

Sangkakala tidak juga merasa cemburu atau dengki dengan apa yang dimiliki oleh Tony, tetapi sebagai rakyat Malaysia, Sangkakala rasa terpanggil untuk mendesak Kementerian yang bertanggung jawab untuk mengambil tindakan tegas terhadap Air Asia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan