Khamis, 23 Mei 2013

CYBERTROOPER BN DAPAT UGUTAN

Makin berani cai cai pembangkang ni sekarang, tapi dalam berani tu pakai fake account pulak, kalau berani sangat pakai le akaun sendiri baru le nampak hebatnya.

Tadi Sangkakala dapat makluman yang seorang penggiat media (perempuan) dapat ugutan dari seorang cybertrooper pakatan (gambar atas).

Apa yang Sangkakala nampak disini sekarang, cai cai pembangkang ni seolah olah terlampau terdesak hingga berani mengugut orang lain.

Agaknya ini yang dikatakan Red Bean Army kot ye?

Apa la lu beb, ingat kami ni tunggul kayu ke nak biar je semua tu jadi? Usik tengok kalau nak tau langit tinggi ke rendah, jangan dijolok sarang tebuan, kalau nak rasa bengkak tang muka atau seluruh badan silakanlah.

Pernah dulu bekas setiausaha eksekutif DAP mengatakan bahawa antara tugasan cybertrooper pakatan pembangkang ialah melakukan provokasi dan ugutan termasuklah ugutan bunuh dan pelbagai lagi ugutan untuk menakut nakutkan penyokong Barisan Nasional dan mereka ini dibayar untuk melakukan tugasan itu.

Untuk makluman pakatan pembangkang, kami sedia menghadapi apa juga kemungkinan tidak kira apa juga yang mendatang, kalau ayat yang digunakan lawan tetap lawan oleh pakatan pembangkang selama ini, kami juga menggunakan perkataan sama untuk menghentam dan menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pakatan kepada kerajaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan