Isnin, 4 Mac 2013

TUNJUK KEBENARAN MELALUI SAMAN

Anwar Ibrahim dikatakan akan memfailkan saman keatas Utusan Malaysia dan TV3 berikutan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi di Lahad Datu yang mencetuskan pertempuran diantara pasukan keselamatan dengan pihak penceroboh.

Takkan belum apa apa dah nak saman kot? Yang keluarkan dakwaan tu pun dari Filipina, lebih baik Anwar saman Filipina, kan itu lebih baik?

Kalau nak menunjukkan kebenaran bahawa beliau tidak terilbat dengan cara menyaman media elektronik dan media cetak rasanya rakyat Malaysia dan faham sangat dan dah masak dengan perkara macam tu.

Apa yang perlu Anwar buat sekarang ialah bersiap sedia untuk menghadapi kekalahan dalam PRU13 kerana kenyataan kenyataan dari pihak PKR terutamanya Tian Chua sudah cukup menghiris perasaan anggota anggota keselamatan yang mana mereka turut bersedih diatas kematian rakan seperjuangan mereka dalam insiden tersebut.

Atau pun apa kata kalau Anwar tunggu laporan siasatan yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Filipina tentang pertemuan beliau dengan Misuari di negara tersebut tidak berapa lama dahulu.

Dan ada juga perkhabaran yang mengatakan bahawa Tian Chua serta seorang lagi pemimpin pembangkang telah pergi ke Filipina sebelum serangan bermula.

Rata rata rakyat Malaysia kini amat marah dan kecewa dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan bahawa kematian anggota keselamatan tersebut di anggap sebagai mati katak, dan ini juga telah menidakkan bahawa kematian para perajurit ini adalah syahid kerana ada dikalangan mereka yang beragama Islam dan didalam Islam telah mengatakan bahawa setiap perajurit yang gugur di medan perang adalah Syahid.

Sepatutnya PKR menegur tindakan Tian Chua dan bukannya membuka lembaran cerita baru untuk menutup kisah pemergian para pemimpin mereka ke negara itu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan