Isnin, 4 Mac 2013

ANWAR TERPERANGKAP MAINAN SENDIRI

Kali ini Anwar Ibrahim terperangkap dengan permainan beliau sendiri, pusingan demi pusingan dibuat untuk melepaskan diri nampaknya tidak berjaya juga.

Anwar dilaporkan pernah berjumpa dengan ketua gerila Nur Misuari dimana sebuah akhbar dan pasukan perisikan tentera Filipina juga mengatakn bahawa terdapat pemimpin parti pembangkang yang menjadi perancang kepada serangan di Lahad Datu Sabah yang mena ianya telah mengakibatkan kematian beberapa orang anggota pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari kalangan pengikut Kesultanan Sulu tersebut.

Perdana Menteri sudah mengarahkan agar siasatan terperinci berkenaan dengan laporan tersebut dan ini mungkin menggusarkan pihak pembangkang.

Serangan tersebut juga dilaporkan terjadi beberapa minggu setelah Anwar berjumpa dengan Misuari dan perjumpaan tersebut dikatakan juga ada kaitan dengan pemberian hak otonomi kepada Sabah dan Sarawak sekiranya pembangkang dapat menakluki Malaysia seterusnya menjadi kerajaan.

Oleh kerana itulah, para pengikut kesultanan Sulu bertindak menyerang Lahad Datu Sabah yang mana mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah kepunyaan kesultanan Sulu satu masa dulu sebelum mencapai kemerdekaan.

Ini adalah salah satu permainan Anwar yang mana melihatkan beliau telah terjerat dengan sendirinya dalam permainan politik dan Anwar mungkin merasakan bahawa langkah tersebut adalah satu kesilapan besar kepada beliau.

Inilah akibat apabila Anwar terlalu berkehendakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan tanpa memikirkan apa akan jadi dimasa hadapan dan jika perkara sebegini boleh berlaku kini, maka tidak mustahil satu masa nanti sekiranya pembangkang menjadi kerajaan maka satu serangan yang besar akan berlaku kerana janji jani Anwar kepada pihak pihak lain.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan