Khamis, 7 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (9)

DAP juga pernah mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Alasan yang diberikan oleh DAP ialah, Chin Peng sudah tua dan uzur serta tidak mampu lagi untuk menggugat keselamatan negara.

Kerana sifat perkauman ini, DAP sanggup menutup mata diatas kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan yang mereka (PKM) lakukan dahulu.

Tidak habis hanya disitu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula mencetuskan kontroversi baru apabila beliau menganggap pengganas komunis dari Kompeni Pasukan ke 4 PKM adalah hero yang sebenar.

Pasukan tersebut adalah pasukan yang bertanggungjawab dalam serangan di Bukit Kepong dan mereka telah membunuh serta membakar balai polis Bukit Kepong yang membuatkan isteri isteri anggota polis disitu menjadi balu dan anak anak mereka menjadi yatim akibat kehilangan bapa.

Beliau mengatakan bahawa Muhammad Indra, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun serta 200 orang anggota pengganas komunis itu adalah wira sebenar dan menidakkan keberanian serta pengorbanan 25 orang anggota Polis di Bukit Kepong yang mempertahankan diri serta tanah air.

Cuba kita renungkan betapa singkatnya pemikiran pemimpin PAS dalam isu isu sebegini, sanggup mengangkat pemberontak sebagai wira sedangkan yang berjuang bermati matian untuk mempertahankan tanah air tidak diiktiraf perjuangan mereka.

Ini semua gara gara pemimpin PAS yang mahu mendapat tempat dihati dan mata DAP.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan