Rabu, 6 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (8)

Seramai 11 orang ADUN DAP enggan untuk mengikut etika berpakaian kerana tidak mahu memakai songkok.

Ini kerana menurut mereka songkok hanya dipakai oleh orang Islam dan ianya bukan untuk mereka, disini juga kita dapat melihat betapa perkaumannya mereka dengan cara itu.

Pakaian ADUN semasa majlis perasmian sidang DUN telah termaktub didalam perlembagaan negara dan ternyata mereka ini melanggar perlembagaan tersebut demi menunjukkan protes terhadap kerajaan dan bukan itu sahaja, mereka juga boleh dikatakan memprotes perlembagaan negara.

Seperti ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Sarawak, Wong Ho Leng (dua dari kiri) yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat semasa pembukaan Sidang DUN.

Beliau juga mendakwa bahawa pakaian tersebut bercirikan Islam dan kerana itulah mereka tidak memakai pakaian tersebut.

Tindakan tersebut telah dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat di negeri itu sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas masih lagi memakainya.

Di Johor pula, seorang ADUN telah dihalau keluar oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN 2008 kerana enggan memakai pakaian istiadat dan tidak mematuhi etika berpakaian kerana enggan memakai songkok atas alasan yang sama.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan