Khamis, 7 Mac 2013

PENYOKONG READ WARRIOR BERTAFAKUR DI STADIUM

Kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu malam tadi bertafakur sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
    
Mereka bersama pemain pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives, bertafakur sebelum perlawanan bermula jam 8.45 malam yang membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.
    
Penyokong yang beragama Islam menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada anggota polis terkorban yang beragama Islam.
    
Penyokong 'The Red Warriors' serta orang ramai amat menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas itu.

Inilah bukti dimana rakyat Malaysia bersatu dalam menjaga keharmonian dan keamanan negara disamping menolak keganasan yang dilakukan oleh pihak penceroboh, dan ini juga membuktikan bahawa seluruh rakyat Malaysia berterima kasih dengan pasukan keselamatan Malaysia yang berkorban nyawa demi menjaga kedaulatan tanah air.

Tidak seperti pemimpin pemimpin pembangkang yang dilihat tidak langsung menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia dengan mengatakan kematian para pejuang ini sebagai sia sia dan ada juga yang mengatakan ianya ibarat mati katak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan