Khamis, 7 Mac 2013

APA KATA BEKAS ANGKATAN TENTERA DI KAWASAN BATU ???

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua bahawa kemelut yang melanda di Lahad Datu kini adalah konspirasi UMNO mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk anggota tentera sendiri.

Di sini Sangkakala ingin membuat pertanyaan kepada pengundi parlimen Batu yang mana ianya juga adalah kawasan parlimen Tian Chua, apakah mereka juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh wakil rakyat kurang ajar ini?

Adakah mereka akan terus menyokong Tian Chua untuk menang dalam PRU13 nanti?

Setahu Sangkakala kawasan parlimen Batu didiami oleh pengundi yang majoritinya adalah anggota dan bekas anggota tentera.

Tian Chua juga pernah berkata kematian anggota keselamatan terbabit adalah umpama mati katak, tidakkah semua bekas anggota keselamatan yang mendiami kawasan Batu merasakan bahawa ianya adalah keterlaluan?

Tian Chua secara terang terangan telah menghina para pejuang keamanan di dalam negara.

Ini juga pada Sangkakala mencerminkan maruah angkatan tentera dan pasukan keselamatan yang lain dan bolehkah pemimpin sebegini diangkat untuk terus menerajui parlimen Batu?

Sangkakala pun tak tau apa nak kata lagi jika beliau masih memegang jawatan sebagai ahli parlimen dikawasan tersebut dan sekiranya itu terjadi juga, maka Sangkakala sendiri berani mengatkan bahawa pengundi di kawasan parlimen Batu tidak mempunyai semangat juang yang tinggi.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan