Selasa, 5 Mac 2013

PAS HABISKAN DUIT TONG MILO ISI MINYAK TRAILER

Kesian le Sangkakala tengok puak puak yang sokong PAS ni, tiap kali ceramah tong milo akan bergerak kesana sini minta diisi, sebahagian bagi pada penceramah dan sebahagian lagi untuk isi minyak trailer.

Tapi yang lebih malang lagi bila trailer tu macam lori bawa mayat yang takde siapa nak dekat sebab takut.

Cuba tengok gambar diatas, rakan Sangkakala bagi gambar tu sebentar tadi dan beliau memaklumkan bahawa hanya ada 7 orang sahaja yang datang untuk dengar ceramah.

Gambar atas sekali di Durian Tunggal Melaka, yang datang cuma 7 orang.

Gambar ke dua pula di pekan Selandar Asahan, langsung tak berani datang sebab nampak pemuda Barisan Nasional pasang bendera.

Gambar ke tiga pula di Bukit Katil, kehadiran boleh dikira dengan jari kaki, kalau kira dengan jari tangan Sangkakala yang ada semilan ni pun tak habis.

Jadi keseluruhan lawatan trailer ni ke Melaka tak sampai 50 orang, kan ke habis duit isi minyak trailer je tu?

Baik duit isi minyak tu disedekahkan ke masjid atau surau, tentu ada faedahnya untuk orang ramai.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan