Buka link di bawah.
Sangkakala nak tambah sikit tentang kenyataan Idham Lim dalam laman twitter beliau yang mengatakan bahawa Pegawai Daerah Kerian tak tunai janji.
Apa yang Sangkakala nak bagi tau kat sini, dalam beberapa artikel sebelum ini Sangkakala ada dedahkan tentang pembinaan kompleks pendidikan darul anwar yang dijanjikan oleh beliau dan dengar khabar tanah tersebut didakwa oleh beliau sendiri sudah diambil alih oleh NGO yang mana semua ahli lembaga dalam NGO tersebut dikhabarkan juga adalah dikalangan kaum keluarga beliau.
Janji yang tu macam mana pulak YB? Adakah ianya ditepati atau dicapati macam yang YB dakwa?
Sampai kini kompleks tersebut masih lagi tidak dijalankan pembinaannya sedangkan seluruh Titi serong dah tau dan YB sendiri dah maklumkan yang YB tidak lagi akan bertanding di kawasan Titi Serong dan kawasan itu akan ditandingi oleh YDP PAS Perak.
Macam tu lah adat PAS, lepas buat hal pindah ke tempat lain, jadi masalah boleh dilupakan, duit penderma dan buat modal beli tanah, tanah pula dimiliki oleh NGO milik beliau jadi samalah macam milik beliau juga.
Jadi kalau dah tak jadi pembinaan tu, tanah akan kekal milik NGO tu kan?
Walaupun dalam akhbar sinar YB gunakan sampai 2 muka surat untuk menjawab isu tersebut tak guna, apa yang pasti selepas ini YB akan mencapatikan janji untuk membina kompleks tersebut dengan alasan sudah menjadi ADUN (kalau tak silap Kuala Kangsar).
Jadi komitmen akan diberikan kepada kawasan baru, lepas tu nanti jadi pula di Kuala Kangsar dan begitulah seterusnya.
Yang baru pulak nanti akan berjanji untuk melakukan sesuatu yang lain dan seperti biasa ianya juga akan jadi macam biasa, tetap tidak akan dilaksanakan, oppsss..lupa pulak, penduduk Titi Serong pun dah naik meluat dengan perangai puak puak PAS ni, tambahan pula seperti kata blogger Selongkarisu yang mana beberapa isu tidak diselesaikan oleh YB Idham Lim.
Jadi kepada penduduk kawasan Parit Buntar khasnya dan Kerian Amnya, lagi baik tolak kepimpinan pembangkang ni dari terus mendapat mandat, sebab mandat yang kita berikan akan disiasiakan oleh mereka seperti melepas batuk di tangga.
Apa apa pun Sangkakala dah mula rasakan bahawa sudah ada satu lagi kekuatan dengan kelahiran blogger Selongkarisu yang banyak tau tentang kawasan Parit Buntar.
psssttt..Selongkar kasi buka, Sangkakala kasi tiup..haha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan