Ahad, 31 Mac 2013

#BN4Malaysia BEZA NAJIB RAZAK DENGAN ANWAR IBRAHIM

Beza antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Anwar Ibrahim amat ketara jika kita lihat dalam gambar diatas. Diantar kedua dua pemimpin tersebut jelas kelihatan bukan?

Mengikut satu hadis dalam Al-Alquran, Nabi juga menyayangi haiwan terutamanya kucing dan disini tidaklah pula Sangkakala menyamakan antara Perdana Menteri dengan Nabi.

Namun apa yang Sangkakala nak katakan disini ialah beza diantara Anwar yang suka dicium ketiaknya okeh kaum sejenis dengan Najib Razak yang lebih menyayangi haiwan dan lebih rela cium haiwan terswbut daripada dicium ketiaknya.

Kalau la Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri sudah pasti kita akan diketawakan okeh negara luar kerana negara negara maju seperti Amerika sendiri menolak pemimpin yang mempunyai moral rendah dan jika mereka ini didapati mempunyai akhlak seperti Anwar sudah pasti peluang untuk menjadi pemimpin negara aian berkubur.

Tapi di Malaysia pula lain pendekatannya, masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang mahu memilih pemimpin seperti ini untuk diangkat sebagai pemimpin tertinggi negara.

Kita semua maklum bahawa negara kita selalu dan boleh dikatakan sentiasa akan menghadiri mesyuarat antara negara negara dan sekiranya Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, pasti akan ada pemimpin negara lain yang akan berbisik bisik dengan mengatakan bahawa inilah pemimpin yang menyimpan koleksi video terlampau paling banyak dalam dunia dan mungkin boleh dimasukkan ke dalam Guinnes Book Of Record.

Tapi itulah yang Sangkakala katakan pelik tadi dimana masih ada lagi para pengikut pembangkang yabg mahu Anwar sebagai Perdana Menteri walau pun sudah ada usul daripada perwakilan PAS yang mengusulkan agar calon Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang disandang oleh Presiden PAS yang juga mempunyai kisah hingga menyebabkan banyak kemusnahan kekeluargaan akibat daripada amanat gila yang beliau keluarkan.

Sangkakala tak nampak siapa calon yang benar benar layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya nanti.

Jadi oleh yabg demikian, baik kita kekalkan pemerintahan yang ada daripada kita memperjudikan nasib anak cucu kita nanti kepada mereka yang tidak langsung mempunyai pengalaman serta mempunyai sifat dendam yang membara.

#BN4perak KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS SOKONG KERAJAAN @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Dalam diam diam rupanya ustaz Akmal, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak menyokong kerajaan Barisan Nasional, dengan mengatakan bahawa beliau lebih rela menjadi penjual goreng pisang daripada menjual agama seperti yang dilakukan oleh PAS selama ini memungkinkan beliau gugur sebagai calon yang akan diletakkan di DUN Selama.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada ustaz Akmal yang selama ini dilihat sebagai orang kuat PAS namun akhirnya bersetuju dengan apa yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Tidak mustahil juga dengan pendekatan tersebut, maka akan ada lebih lagi anak muda yang sedar tentang betapa pentingnya kita menjaga agama suci ini dari terus di perkosa oleh PAS yang berkehendakkan kuasa semata mata hingga mereka dilihat menghalalkan pelbagai cara demi kepentingan mereka.

Tapi usatza Kamal tak rasa rugi ke bila di tarik balik status pencalonan untuk PRU tersebut?

Seorang rakan Sangkakala mengatakan bahawa ustaz Kamal sebenarnya sudah muak dengan permainan politik PAS dan kalau seboleh bolehnya beliau tidak mahu menjadi calon kerana risau dengan bai'ah yang dilakukan oleh calon calon PAS sebelum ini.

Beliau juga pernah mengatakan bahawa PAS tidak lagi berjuang seperti mana yang beliau harapkan sebenarnya dan bermula dari titik tolak persetujuan Nik Aziz tentang kalimah Allah, maka beliau sebenarnya sudah tawar hati dan mengharapkan agar PAS kembali ke landasan perjuangan sebenar iaitu menegakkan agama Islam serta tidak mempergunakan agama demi kepentingan politik semata mata.

Kerana menurut beliau, perjuangan PAS yang dahulu dilihat suci kerana memperjuangkan agama Islam secara total dan ini dapat dilihat semasa zaman Allahyarham Datuk Fadhil Noor dahulu dan apabila pentadbiran serta kepimpinan baru ini mengambil alih tampuk pemerintahan, maka pelbagai kecelaruan dilihat dan ini sebenarnya yang merosakkan parti tersebut.

Tapi Sangkakala pelik juga, dalam hentam PAS beliau masih lagi mahu menjadi calon sedangkan beliau sendiri yang kata PAS dah lari dari landasan dan sebagainya, apa punya orang la ni.

Kalau dah tak suka tu tinggalkan jelah, apa tunggu lagi yop? Ke ada benda yang tak kena lagi ni?

Apa apa pun Sangkakala rasa pengundi di Selama atau dimana sahaja bakal calon ni bertanding, baik ditolak habis habisan, dia sendiri pun dah tak tau kemana hala nak pegi, sama ada ikut PAS atau sebaliknya ata7 sebagainya.




#BN4perak USTAZ BAKAR SAMAKAN NIK AZIZ DENGAN NABI MUHAMMAD @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Macam ni ke pesuruhjaya PAS negeri yang menjadi ketua kepada sebuah parti yang dulunya mengangkat agama Islam sebagai pegangan parti mereka.

Ustaz Abu Bakar Husin semalam bersama beberapa kepimpinan PAS negeri mengadakan ceramah, dan didalam ceramah tersebut dari awalnya mengatakan Perdana Menteri sama dengan Abu Jahal ekoran daripada pemergian Perdana Menteri mengerjakan Umrah pada 3 April nanti.

Ustaz Bakar kata mungkin Perdana Menteri pergi untuk mengadu kepada Allah SWT sepertimana Abu Jahal mengadu kepada tuhannya untuk mengalahkan Nabi Muhammad SAW.

Nampaknya Ustaz Bakar menyamakan Perdana Menteri atau Barisan Nasional sebagai tentera Abu Jahal dan PAS yang diketuai oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am sebagai tentera nabi dan ini juga seolah olah mengatakan bahawa Nik Aziz itu adalah Nabi.

Takkan sebagai seorang pemimpin PAS negeri, beliau tidak mampu untuk membezakan sifat seorang Islam dengan sifat seorang kafir?

Dan dengan kata kata seolah menyamakan orang biasa denga nabi tu pulak apa hukumnya?

Agak mengecewakan apabila seorang pemimpin yang bakal menjadi ADUN di Titi Serong Parit Buntar mempunyai pemikiran sebegitu, dengan mengangkat Islam kononnya ustaz Bakar sanggup untuk menyamakan Islam dengan Kafir dan menidakkan kemaksuman seorang Nabi.

Pasti orang PAS kata tiada bukti tentang apa yang diperkatakan oleh ustaz Bakar semasa ceramah di Dataran Purnama Parit Buntar ini, insyaallah dalam masa terdekat, Sangkakala akan keluarkan pula video ceramah tersebut dan pengundi di Parit Buntar boleh menilai sendiri apa yang Sangkakala sampaikan ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CHUA JUI MENG LETAK JAWATAN DALAM PKR

Ingatkan dah besara dari arena politik, rupanya masih nakkan kuasa, Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng masa letak jawatan dari Barisan Nasional dulu kata dah taknak lagi jadi ahli politik, rupanya ada niat untuk bertanding lagi.

Lepas letak jawatan dalam kerajaan, Chua lompat parti dengan menyertai PKR kerana dah di janjikan dengan gula gula madu yang amat manis.

Tapi hari ni Chua hilang dari pandangan pengikut PKR kerana beliau telah merasa terlalu kecewa akibat tidak dapat bertanding di Gelang Patah, kerusi parlimen yang dikira selamat oleh pakatan pembangkang.

Kerusi parlimen Gelang Patah akan di tandingi oleh Kit Siang dan semenjak penetapan itu di buat, Chua tidak lagi muncul di mana mana program Pakatan Pembangkang.

Ada juga khabar yang mengatakan bahawa Chua akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan akan kembali menyertai Barisan Nasional, perlu amik kembali ke?

Bagi Sangkakala, biarlah Chua tenggelam di lautan angan angan beliau, jangan terima pengkhianat parti seperti beliau lagi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 30 Mac 2013

NURUL IZZAH BERDEPAN DENGAN DUA GERGASI

Kecut perut kali ni Nurul Izzah bila 2 gergasi dalam UMNO akan berganding bahu untuk menentang beliau di Lembah Pantai.

Dua nama besar tersebut ialah Datuk Seri Raja Nong Chik dan juga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga menrupakan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Apa yang membuatkan Nurul Izzah gelisah ialah, selama ini beliau tidak menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diperlukan oleh rakyat.

Dengan asyik berceramah disana sini serta melakukan kerja yang tidak memberi manafaat pengundi Lembah Pantai pasti akan menghukum beliau dalam pilihanraya kali ini.

Nurul yang hanya memenangi undi sebanyak 2 ribu lebih berbanding dengan Datuk Seri Shahrizat yang mendapat lebih 15 ribu undi majoriti.

Mana nak pegi? Mau tak mau kena juga bertanding di situ sebab kerusi ditempat lain telah dipenuhkan oleh pakatan pembangkang yang lain.

Nurul Izaah juga dikatakan tidak begitu popular dikalangan penduduk Lembah Pantai hingga ada yang mengatakan bahawa tidak pernah berjumpa dengan beliau selepas PRU12 yang lalu.

Ini adalah amalan biasa yang boleh kita lihat melalui kepimpinan pembangkang, kerana apa? Kerana mereka ini akan menabur janji umpama menabur benih yang tidakkan cambah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR JANGAN TERLALU YAKIN #BNbagus

Yakin sangat nampaknya Anwar Ibrahim dengan kerusi kerusi yang dipertandingkan oleh PKR dalam PRU yang akan datang.

Antara 3 tempat yang beliau kategorikan sebagai kawasan yang akan dimenangi oleh mereka ialah Gombak (Azmin Ali), Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Pandan (Rafizi Ramli).

Dengan nada bangganya beliau mengatakan bahawa Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi. Dan anak beliau Nurul Izzah pernah memalukan penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan majoriti 2,895.

Kena ingat bang Non, undi tu baru 2 ribu lebih majoriti, jauh beza dengan apa yang Shahrizat perolehi dulu lebih dari 15 ribu undi, jadi disitu perlu diingatkan bahawa semasa itu juga terlalu banyak undi protes dan tsunami politik ketika itu.

Adakah kali ini Nurul mampu untuk mempertahankan kerusi tersebut dengan kisah beliau yang menyokong kebebasan beragama? Sudah pasti penduduk Lembah Pantai merasa tidak selesa dengan kehadiran Nurul di situ dan satu lagi maklumat yang pernah diterima, penduduk Lembah Pantai ada yang tidak kenal dengan Nurul Izzah ekoran beliau yang tidak turun padang dan hanya kembali semasa pilihanraya semakin hampir kerana terlalu sibuk dengan ceramah kempen sana sini.

Azmin pula yang kini menyandang kerusi parlimen Gombak pula tidak kurang hebatnya dengan gambar porno yang dikatakan mirip beliau tersebar bersama seorang wanita.

Isu ibu beliau yang pernah mengatakan bahawa Azmin sebagai tanggang juga memberikan kekangan kepada beliau untuk terus mara dan itu juga perlu diingat kembali oleh rakyat.

Kesemua pemimpin tertinggi didalam PKR bermula daripada ketua umum hinggalah ke jawatan naib presiden mempunyai masalah moral dan ada juga diantara mereka yang mewujudkan situasi hampir membawa ke arah kekecohan yang dahsyat.

Seperti himpunan Bersih, mereka juga yang menjadi dalang dengan merempuh pasukan polis yang mengawal keadaan kemudian mereka menyalahkan pihak polis dalam insiden tersebut.


Adakah ini kepimpinan yang mahu dibawa oleh rakyat menjadi kerajaan? Kepimpinan yang penuh dengan agenda tersendiri yang mana akan melihatkan kehancuran negara.

Fikir fikirkanlah sebelum memangkah kertas undi apatah lagi untuk memilih mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 29 Mac 2013

BIDAS KOH BUKTI GUAN ENG RASIS

Kalau dah ada sifat perkauman tu memang perkauman juga, tak semestinya menyokong itu tanda menghasut, tetapi kalau faktanya sudah begitu ianya tetap akan jadi begitu.

Guan Eng membidas Tan Sri Koh Tsu Koon kerana dikatakan menyokong tayangan filem Tanda Putra yang disifatkan sebagai perkauman oleh Guan Eng.

Itu bererti Guan Eng yang bersifat rasis kerana filem tersebut bukanlah di buat untuk mewujudkan sifat perkauman antar rakyat tetapi memberi kesedaran dan peringatan kepada rakyat tentang apa yang terjadi dalam sejarah negara.

Kenapa pula Guan Eng mengatakan Koh sebagai rasis? Kerana DAP terlibat sama? Atau filem tersebut ada mirip mirip apa yang DAP lakukan semasa kejadian 13 Mei?

Guan Eng memang tidak matang, kerana filem tersebut beliau mengatakan bahawa Koh sebagai rasis tetapi segala yang mereka katakan dan lakukan tidak dianggap sebagai perkauman.

Banyak yang dilakukan oleh Guan Eng bersifat rasis sebagai contoh, isu kalimah Allah itu juga boleh dikatakan sebagai perkauman kerana ianya melibatkan agama Islam.

Jadi siapa yang rasis sebenarnya disini?

Koh menyokong tayangan tersebut kerana mungkin berpendapat ianya perlu didedahkan dan bukan sahaja untuk tontonan orang Melayu tetapi juga untuk tontonan orang bukan Melayu kerana ianya bersangkutan dengan sejarah yang melanda negara satu ketika dulu.

Follow my twitter acc
@sAngkAkAla78

Written up by Sangkakalajari9




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#UbahPenang #SavePenang #TolakPR #ManifestoBukanJanji #PRU13 #GE13 PENANG BANKRAP

Lim Guan Eng terlalu bijak menggunakan pendekatan bahawa beliau mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik hingga semua rakyat menyangkakan bahawa Pulau Pinang bebas dari sebahagian hutang.

Namun semua hutang hutang tersebut sebenarnya di bantu dari segi pembayaran oleh kerajaan pusat selama ini.

Kerajaan Pulau Pinang mengalami defisit yang amat teruk 4 tahun berturut turut dan karajaan di bawah kepimpinan DAP ini masih mahu membina terowong bawah laut yang menelan belanja RM 6.5 Bilion.

Kerajaan Pulau Pinang sengaja membuat isu pembinaan ini untuk menunjukkan bahawa mereka telah memberi keuntungan kepada kerajaan negeri walaupun pada hakikatnya Pulau Pinang tidak mendapat keuntungan selama 4 tahun kebelakangan ini.

Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Jika tidak dengan bantuan kerajaan pusat, kemungkinan besar Pulau Pinang akan bankrap kerana defisit yang ada tidak mampu untuk di selesaikan.

follow my twitter acc
@sAngkAkAla78

Written up by Sangkakalajari9




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LORI PAS TAK DAPAT SAMBUTAN DI IPOH

Petang tadi lori kempen PAS telah sampai ke kawasan Ipoh, dan kehadiran seperti biasa, hambar.

Itu tandanya PAS tidak lagi diterima oleh rakyat Perak, kalau dua hari lepas lori trailer tersebut parking di Parit Buntar dan tidak dikerumuni oleh orang Sangkakala tak berapa hairan sebab mungkin penduduknya yang kurang.

Tapi apabila ianya berada di Ipoh namun masih dalam keadaan yang sama, mesti ada sesuatu yang tidak kena dan sudah pastilah ianya berpunca daripada ketidakperluan rakyat untuk mendengar segala pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka di atas lori tersebut.

Sangkakala amat percaya, bahawa rakyat negeri Perak sudah mula muak dengan kata kata kosong PAS selama ini dan janji mereka pada awalannya dahulu adalah untuk menegakkan Syiar Islam dan kini setelah PAS bersama dengan pakatan pembangkang yang lain, ianya telah ditukarkan kepada negara berkebajikan, Islam entah kemana, apa entah kemana, yang ada kini ialah menunggu masa untuk disembelih oleh PKR dan DAP.

Bukan sahaja di negeri Perak, Sangkakala dengar kemana sahaja lori ini digerakkan sudah pasti sambutannya hambar dan seolah olah kehadiran lori tersebut seperti lori yang membawa ayam di tepi jalan.

PAS jangan terasa pulak bila Sangkakala kata begitu, tetapi itulah hakikatnya, dengan mengatakan bahawa setiap kali ceramah mereka di kerumuni oleh orang ramai mereka (PAS) rupanya membawa orang dari luar kawasan untuk bersama sama mereka dalam ceramah tersebut dan kerana itulah setiap ceramah dipenuhi dengan manusia, namun apabila lori ini datang, sambuatnya hampeh.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada PAS baik lori tersebut disewakan untuk dijadikan lori kargo membawa barang kerana setiap kali bergerak, minyak yang ditelan oleh enjin lori ini bukan sedikit dan itu semuanya adalah hasil dari kutipan tong milo yang bergerak dalam setiap ceramah mereka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 28 Mac 2013

KENAPA MEREKA INI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN

 
AKTA RAHSIA RASMI

Apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
‘Rahsia Besar', ‘Rahsia’ ‘Sulit' atau ‘Terhad’ mengikut mana yang berkenaan oleh seorang
Menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang
dilantik dibawah seksyen 2B.

RAHSIA BESAR 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.

Contoh:-
RAHSIA BESAR

(i) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi;

(ii)Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan
penempatan barisan peperangan angkatan angkatan tentera jika berlaku
perang;

(iii) Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing dan mengenai aspek perdagangan pertahanan yang amat penting;

(iv) Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia
dan kaedah

RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmibahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan keselamatan Negara menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.

Contoh:-
RAHSIA

(i) Arahan
arahan penting untuk perwakilan--perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dalam negara asing;

(ii) Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan tentera;

(iii) Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan
kegiatan-kegiatannya;

(iv) Surat-menyurat antara Jabatan mengenai menyurat antara Jabatan mengenai
perkara dasar yang penting.

SULIT
Dokumen rasmi,
maklumat rasmi dan bahan bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan negara tetapi memudaratkan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan menyebabkan keadaan
memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa asing

SULIT
(i) Laporan
laporan perisikan biasa;

(ii) Dokumen
-dokumen dan panduanpanduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau polis;

(iii) Maklumat
-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan daripadanya jika didedahkan sebelum masa.

TERHAD
Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, atau SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan.

Contoh:-
TERHAD

(i) Buku
 Jabatan bagi maksud arahan;

(ii) Perintah dan arahan perintah dan arahan biasa Jabatan;

(iii) Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat alat kelengkapan biasa tentera dan polis.

Jadi Akta diatas mungkin boleh diguna pakai oleh kerajaan kerana keempat empat penjawat awam ini telah membocorkan rahsia ketenteraan dan keselamatan negara kepada rakyat di ceramah ceramah yang diadakan oleh pakatan pembangkang.

Ceramah yang diadakan oleh mereka biasanya di kawasan lapang dan hadirin yang datang terdiri dari berbilang kaum serta agama dan tidak dapat dipastikan status mereka sama ada mereka itu rakyat Malaysia atau tidak atau mereka juga bekerja dengan negara luar sebagai ejen.

Ini dilihat amat merbahaya kepada keselamatan negara memandangkan mereka ini pernah memegang tambpuk pemerintahan kawalan keselamatan tertinggi negara.

Namun begitu, kenapa mereka ini masih lagi bebas untuk memberikan ceramah dimerata tempat dan tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kerajaan perlu mengambil kira aspek keselamatan negara berhubung dengan apa yang dilakukan oleh mereka kini dan ianya mungkin akan mendatangkan masalah kepada negara pada sayu masa nanti diatas keceluparan mulut mereka yang asyik memperkatakan tentang kelonggaran keselamatan negara walaupun ianya tidak begitu.



 

#lahaddatu JANGAN BIARKAN MEREKA INI TERLEPAS @NajibRazak @tunfaisal @hairul_own


Jika benar seperti apa yang didakwa oleh  blog Mymassa ini, Sangkakala rasa kerajaan sudah pasti perlu mengambil tindsksn yang setegas tegasnya kerana ianya bukan sahaja melibatkan maruah negara tapi ianya juga melibatkan kehilangan nyawa.

Beberapa orang anggota keselamatan kita terkorban apabila bertempur dengan pengganas yang menceroboh masuk ke Lahad Datu Sabah.

Jika dakwaan itu benar,  kerajaan tidak lagi boleh menunggu masa untuk mengheret mereka ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini.

Sangkakala tidak mahu menuduh sesiapa  , dsn gambar diatas juga diambil dari blog Mymassa, cuma apa yang Sangkakala ingin nyatakan disini ialah, kenyataan daripada salah seorang tahanan yang disoal siasatengatakan bahawa mer3ka di upah oleh individu tertentu dsn mengikut laporan daripada Reuters dan akhbar Filipina, kedua duanya mengatakan bahawa ianya didalangi oleh pemimpin Pembangkang yang pergi berjumpa dengan Sultan Sulu beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku di kampung tanduo Lahad Dstu Sabah.

Jadi disini kerajaan khususnya pihak berkuasa perlu menjalankan siasayan dengan seberapa segera agar metekabyang bertanggung jawab dapat dibawa ke medan penghakiman.



ABBY ABADI TINGGAL TULANG TUNGGU PRU #BNbagus

Heran betul la..Abby si ustazah segera ni nak jadi calon ke ysng beriya iya sangat nak kan PRU dijalankan secepat mungkin ni? Tak sabar sabar sangat pulak dia, atau memang dah lobi lama untuk menjadi calon?

Tapi Sangkakala tak hairan sangatlah kalau dia jadi calon pun sebab jalau dah ustazah pun boleh jadi dalam sekelip mata, apatah lagi calon pilihanraya.

Cuma apa yang Sangkakala nampak sekarang ialah si Bob Lokman semakin tenggelam oleh sura begetah si Abby yang pandai bermain mata dan senyuman kepada pak lebai dan ustaz dari PAS.

Dan tidak mustahil kalau beliau mendapat sokongan dari lebai lebai PAS yang hampir terjojol biji mata melihat lenggok tubuh beliau semasa ceramah, tak gitu pak ustaz?

Berbalik kepada cerita Bob Lokman tadi, bapa beliau merestui anaknya itu menceburi bidang politik dengan harapan anaknya nanti akan dicalonkan sebagai calon wakil rakyat dan yang sudah pasti ialah, Abby sedang mendahului di trek persaingan.

Apa cerita pula bapa Bob? Kecewa? Jangan kecewa la pakcik, sebab itu semua lumrah dalam PAS, takde satu pun janji yang mampu ditunaikan dan ini dapat kita buktikan apabila beberapa bekas selebriti yang tenggelam setelah kehadiran ibu tinggal bergetah ini ke dalam PAS.

Ramai juga yang Sangkakala dengar mencuba nasib kot kot berjaya menjadi pasangan kepada janda meletop dalam PAS ni, namun belum seorang pun yang berjaya, memilih atau high maintenance tak siapa yang tau.

Tapi sudah ada blog blog nakal yang mengatakan tentang RM 50 ribu la, london la dan macam macam lagi.

Kesahihannya Sangkakala pun tak tau, tspi kalau nak diikutkan dari segi gaya memang ternyata ustazah segera ni mempunyai cita rasa yang agak tinggi.

So apa lagi? Takde ke orang lain yang mahu mencuba nasib? Mana la tau kot kot boleh sangkut.





#lahaddatu PAKCIK NI APA HAL PULAK ???

Semangat pakcik ini amat tingg, mungkin beliau mengimbas kembali zaman penjajahan British dan kemasukan tentera Jepun dan zaman keganasan komunis di tanah air.

Atas semangat keberanian beliau dan juga rakan rakan seperjuangan di seluruh negara, maka negara ini bebas dari di belenggu oleh kekejaman tentera Jepun dan kesusahan semasa dalam pemerintahan komunis selama 14 hari satu ketika dulu.

Namun adakah semangat ini kembali menyemarak di dalam batang tubuh anak ank muda kini? Atau mereka hanya berpeluk tubuh membiarkan sahaja apa yang terjadi biarkan terjadi.

Dalam kejadian di Lahad Datu baru baru ini, telah terbukti bahawa anak muda dalam negara tidak begitu, telah terlakar dalam lipatan sejarah pada 1 March 2013, ada anak Malaysia yang terkorban akibat daripada pertempuran dengan pengganas dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.



Semangat itu tidak luntur dari dalam diri setiap anak Malaysia yang begitu cintakan tanah air.

Sangkakala amat yakin bahawa setiap daripada anak anak kelahiran negara ini akaj mempertahankan tanah air yang tercinta daripada di aibkan oleh bangsa dari negara luar dan ini tidak akan terjadi sama sekali.

Semangat yang di tunjukkan oleh para anggota keselamatan di Lahad Datu menjadi batu pengukur dimana mereka yang berjuang tidak mengira tentang nyawa mereka yang boleh melayang pada bila bila masa demi untuk menjaga tanah air ini.

KENAPA 13 ??? KAN ADA BANYAK KES LAGI? #BN4Malaysia @tunfaisal

Cuba kita lihat perkara yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim serta gerombolannya dalam usaha untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Pelbagai cara dilakukan oleh mereka demi untuk mengaburi hati dan jiwa rakyat seterusnya menyokong mereka dalam pilihanraya nanti.

Artikel kali ini Sangkakala tak mau tulis panjang panjang kerana Sangkakala nak pembaca hayati apa yang terkandung dalam risalah yang berada di atas artikel ini.



PAS KEDAH TAKKAN BUBAR DUN #SaveKedah @tunfaisal

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak akan membubarkan DUN selagi tidak mendapat mandat atau lampu hijau dari PAS Pusat.

Ini rupa kerajaan negeri ke? Langsung tak berani untuk menunjukkan pendirian dalam negeri sendiri.

DUN Kedah akan terbubar dengan sendirinya pada 5 Mei ini dan sehingga kini Perdana Menteri masih tidak membubarkan parlimen.

Apa pasal pulak Azizan nak tunggu lampu hijau segala bagai untuk bubarkan DUN?

Bukan ke Kedah tu dibawah pentadbiran beliau, atau beliau tidak berani dengan kepimpinan PAS pusat yang kini di genggam oleh tangan tangan hitam dari DAP dan PKR.

Sebelum ini kerajaan Selangor telah mengatakan bahawa mereka akan membubarkan DUN terlebih dahulu sekiranya Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen pada 26 Feb yang lalu.

Dah sebulan pun, masih belum lagi Selangor menunjukkan yang mereka akan membubarkan DUN Selangor seperti mana yang diperkatakan.

Azizan dan Khalid dilihat sama sahaja, nama Menteri Besar, tapi takut dengan kepimpinan tangan hitam dari pakatan pembangkang pusat.

Seolah olah mereka ini bukan menjadi pemerintah di Selangor dan Kedah.

Dalam kenyataan lain pula, Lim Kit Siang kata negeri negeri bawah Pakatan Pembangkang hanya akan bubar DUN sekiranya parlimen dibubarkan.

Kenapa mesti tunggu parlimen? Takut negeri negeri tersebut kembali kepada Barisan Nasional agaknya ni.

Apa pun, rakyat Kedah dan Selangor termasuk negeri negeri lain di bawah pakatan pembangkang perlu bersedia dengan keadaan dimana rakyat seharusnya menolak pembangkang secara total dalam PRU13 nanti.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ALAHAI NURUL LEMBAH PANTAI #BNbagus

Desas desus pasal video porno dan segala bagai tentang ahli parlimen Lembah Pantai, Sangkakala tak mau tahu walaupun pada satu masa dulu Sangkakala dah bagi hint pada pembaca tentang perkara tersebut.

Sangkakala pun kurang berminat dengan kisah kisah sebegitu sebenarnya tetapi kali ini Sangkakala nak kongsikan sikit tentang Ahli Parlimen Lembah Pantai ni yang kononnya nak batalkan daftar pemilih seramai 4'637 orang pengundi di Parlimen tersebut.

Ramai tu kalau nak diikutkan, sampai lebih dari 4 ribu orang pengundi yang diragukan dan mereka inilah yang hendak dibatalkan oleh Nurul Izzah.

Perkara batal membatal ni menampakkan seolah olah Nurul seperti baru sangat dalam arena politik tanah air tambahan pula beliau kini bergelar seorang ahli parlimen.

Kenapa PRU kali ni baru nak batalkan seramai itu pengundi? Kenapa tidak dibatalkan semasa PRU12 yang lalu?

Adakah Nurul Izzah sudah merasa kurang selamat disitu (lembah pantai) dan ada kemungkinan pengundi pengundi tersebut adalah orang orang UMNO yang sudah semestinya tidak menyokong beliau dalam pilihanraya yang lepas?

Dengan hanya kemenangan sebanyak 2'895 undi pada PRU12 ada kemungkinan anak pertama Anwar ini cuba untuk menidakkan kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 nanti yang dilihat kini lebih memihak kepada parti kerajaan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil pada PRU11 telah memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti undi sebanyak 15'288 dan ianya jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah pada PRU12 yang lalu.

Atau mungkin juga Nurul melihat kemaraan kepimpinan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik yang sudah mula menyerang kawasan Lembah Pantai dan serangan ini membuatkan Nurul Izzah berasa gundah gulana disebabkan kerusi parlimen tersebut mungkin kembali ke tangan Barisan Nasional.

Nurul Izzah juga didapati tidak memberikan komitmen yang tinggi kepada parlimen berkenaan dan hanya bergantung kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum itu.

Nurul juga sebelum ini ada membuat dakwaan bahawa ramai pengundi luar dipindahkan ke kawasan Lembah Pantai dan kebanyakannya adalah dari kawasan parlimen Seputeh, tapi tidak pula Nurul Izzah dedahkan berapa pengurangan pengundi di kawasan parlimen tersebut.

Apa pun Nurul perlu bersedia untuk menerima kekalahan pada PRU13 dan diharap beliau dapat menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali membuat fitnah yang bukan bukan terhadap Barisan Nasional.

Sangkakala bagi nasihat pun bukan apa, cuma nak menampakkan politik di Malaysia ini adalah politik yang profesional dan bukannya politik fitnah semata mata.


pssttt..berapa profesor bagi masa kat dalam bilik tu? Dengar kata RM 300 kan? Untung le badan..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEBEBASAN MEDIA WAKLU LA PEMBANGKANG @tunfaisal

Dalam kata memperjuangkan hak kebebasan media hari ni bertarabur keluar gambar di pejabat PKR yang menyatakan bahawa beberapa siaran tv dan akhbar tidak diberi kebenaran untuk masuk ke dalam pejabat mereka (PKR).

Itu yang dinamakan kebebasan media? Kebebasa waklu je yang Sangkakala bagi pada puak munafik ni.

Bila tentang kerajaan, semua nak kebebasan, tapi bila bab mereka, takde pulak kebebasan.

Jadi apa yang diperjuangkan oleh pembangkang pada hari ini adalah retorik semata mata, dan ianya hanyalah omongan kosong.

Barisan Nasional khususnya UMNO tidak pula melarang wartawan dari malaysiakini, harakah, keadilan atau mana mana akhbar tabloid atau portal online mereka dari mengambil gambar atau menanyakan soalan kepada pemimpin kerajaan, tapi kalau pembangkang pula bagaimana?

Pernah juga keluar baru baru ini dari mulut ketua pembangkang yang disoal oleh wartawan dengan perkataan 'U ulang I saman U', adakah kenyataan itu menunjukkan bahawa Anwar sendiri tidak memberikan kebebasan kepada wartawan untuk bertanyakan soalan kepada beliau.

Tidak kurang juga mereka yang diherdik oleh Anwar apabila bertanyakan soalan yang agak sensitif, tetapi ini tidak berlaku kepada pemimpin kerajaan yang akan memberikan jawapan dan tidak pernah mengherdik atau menyanggah mana mana wartawan pembangkang.

Itu lah beza antara pembangkang dan kerajaan, dari segi moral dan mentaliti, sememangnya mereka ini gagal dan dari sudut emosi juga, mereka dilihat tidak mampu untuk mengawal emosi mereka.

Ini rupa nak jadi pemimpin dan memimpin negara?

Fikir fikirkanlah wahai pengundi, kalau mereka ini memerintah negara tak tau apa lagi yang tak boleh dibuat, mungkin sistem kuku besi dalam media akan diamalkan yang mana, akhbar akhbar dari media cetak atau portal dan media elektronik tidak lagi diberi peluang untuk memberikan bukti sebenar kepincangan dalam pemerintahan mereka.

Dan mungkin hanya akhbar seperti harakah, keadilan atau yang lain lain yang lebih kearah mereka diberikan peluang untuk membuat liputan dan sudah pastilah laporan yang diberikan akan dibayangi oleh pembohongan sepertimana yang dilakukan oleh mereka kini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 27 Mac 2013

#lahaddatu KETUA POLIS PERAK IKRAR AKAN PERTAHAN TANAH AIR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Malam ini dikediaman rasmi Menteri Besar majlis menyambut ketibaan anggota PGA VAT69 yang berjuang di Lahad Datu Sabah.

Kumpulan ini adalah kumpulan pertama yang pergi ke kawasan yang dicerobohi oleh pangganas yang mendakwa mereka pengikut Raja Sulu.

Kumpulan ini juga adalah kumpulan yang pergi bersama sama allahyarham Insp Zulkifly dan Sarjan Sabaruddin yang terkorban semasa bertugas disana.

Pasukan yang terdiri daripada 150 orang anggota selamat tiba di Lapangan Terbang Subang disambut penuh keharuan oleh anak, isteri serta sahabat handai rakan seperjuangan yang lain.

Pasukan VAT69 yang ditugaskan dibarisan hadapan terdiri daripada 80 orang anggota merupakan pasukan pertama yang masuk ke Kampung Tanduo dan telah diserang hendap oleh pengganas pada 1 March 2013 lebih kurang jam 10 pagi yang telah mengorbankan dua orang pejuang tanah air.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Perak, beliau merasa sedih dengan kematian 2 orang anggota polis dan turut merasa bangga dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh pasukan VAT69 dalam memperjuangkan kedaulatan tanah air.

Beliau juga berkata, sekiranya diberi peluang maka tidak mustahil anggota anggota ini sedia untuk terus berkhidmat.

Beliau juga selaku Ketua polis negeri, berikrar bahawa pasukan polis akan terus berjuang demi menjaga keselamatan tanah air.

Menteri Besar Perak pula pada awalnya meminta semua yang ada untuk membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarham yang terkorban semasa bertempur dan meminta bagi mereka yang bukan Islam untuk bertafakur seketika bagi menghormati kematian para pejuang ini.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau juga turut merasa sedih dengan kehilangan anggota polis yang terkorban, namun pengorbanan itu menurut Menteri Besar tidaklah sia sia kerana mereka yang terkorban berjuang menentang pengganas yang menceroboh dan cuba menjatuhkan martabat serta kedaulatan tanah air.

Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga bagi pihak kerajaan negeri diatas pengorbanan pasukan polis ini.

Majlis yang dihadiri hampir 700 orang termasuk keluarga, para pegawai dan anggota dari pasukan polis serta tentera disajikan dengan makanan dalam satu jamuan makan malam di kediaman Menteri Besar.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENAPA PEMBANGKANG MAHU GUNA DAKWAT KEKAL ??? @NajibRazak @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Mungkin selama ini tidak ramai atau tiada siapa tahu kenapa pembangkang beriya iya mahukan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13 nanti melainkan kepimpinan dalam pembangkang.

Pembangkang mengatakan bahawa dakwat kekal itu digunakan supaya ianya nampak telus dan dengan harapan supaya SPR dilihat tidak menjalankan amanah dengan betul selama ini.

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh pembangkang?

Ini adalah apa yang Sangkakala fikirkan selama ini dan kemungkinan besar ianya akan digunapakai untuk makcik makcik dan pakcik pakcik yang berada di kampung yang tidak tahu menahu tentang penggunaan dakwat kekal tersebut.

Walaupun SPR mengatakan bahawa warna dakwat hanya akan diketahui semasa pilihanraya, namun semasa di awal proses pengundian, warna tersebut telah pun diketahui dan perkara ini tidak dapat dielakkan lagi.

Pembangkang akan menggunakan dakwat ini untuk menidakkan hak pengundi khususnya ahli UMNO supaya gagal membuang undi di peti undi masing masing.

Bagaimana caranya?

Caranya begini, pembangkang akan meletakkan kenderaan kenderaan untuk menjadi pengangkutan kepada makcik makcik atau pakcik pakcik atau sesiapa sahaja untuk pergi ke pusat pembuangan undi.

Jadi, semasa dalam perjalan, sekiranya dakwat ini dikenakan atau dicalitkan ke jari si pengundi oleh ajen pengangkutan ini, maka si pengundi tidak boleh mengundi lagi kerana sudah ada kesan dakwat pada jari mereka.

Apabila tiba ke pusat pembuangan undi, pengundi yang akan membuang undi akan diminta untuk menunjukkan jari mereka dan setelah terlihat kesan dakwat, maka petugas SPR tidak akan membenarkan mereka untuk membuang undi, walaupun pada hakikatnya mereka ini belum lagi membuang undi pada hari berkenaan.

Nampak kemana arah tujunya bukan?

Jadi adakah ianya mustahil atau ianya boleh menjadi kenyataan disini?

Perkara ini perlu difikirkan segera oleh SPR kerana ianya melibatkan hak pengundi untuk membuang undi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BLOGGER PAKATAN HINA KEMATIAN ULAMA APA KATA PAS @tunfsisal

Apa nak jadi dengan blogger pembangkang ni? Kalau nak timbulkan kontroversi pun agak agakla sikit kan, jangan la main hentam je ikut sesedap rasa, kalau pemimpin pembangkang yang bukan berbangsa melayu buat macam tu Sangkakala tak terasa sangat dah tentu le mereka tu kurang ajar.


Sangkakala terbaca dalam blog rakan Sangkakala yang mana beliau juga marah dengan blogger suarapakatanrakyat yang disifatkan lebih hina dari seekor haiwan, sebab apa Sangkakala kata begitu? Jika penulis ini seorang manusia, beliau semestinya tidsk akan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu.

Untuk maklumat dan bacaan lanjut boleh layari blog dalam pautan dibawah

taipingcentral.blogspot.com/2013/03/hot-blogger-pakatan-kata-kematian.html?m=1




MELAYU KURANG AJAR KATA SULTAN KAFIR @tunfaisal

Agak terkejut juga Sangkakala bila ada orang yang komen pada status panjang berjela, dalam komen tu, Sangkakala terbaca bahawa pemilik akaun tersebut mengatakan bahawa Sultan itu kafir.

Kalau dah tau Sultan tu kafir, cari le negara lain yang takde sultan atau raja, sebab selagi pemilik akaun tersebut berada dalam Malaysia, kita masih mempunyai Raja dan Sultan.

Dengan memasukkan surah serta sunnah, tidak semestinya beliau boleh mengkafirkan sesiapa, si pemilik akaun tu mungkin dah rasa di tu taraf nabi kot.

Apa yang Sangkakala tau sekarang, si pemilik akaun tu memang kurang ajar, dan satu lagi Sangkakala rasa pemilik akaun ni dah derhaka dengan Sultan dan beliau perlu bertanggungjawab keatas apa yang beliau ucapkan.

Ada yang hantar inbox pada Sangkakala selepas gambar diatas Sangkakala muat naik ke dalam akaun facebook, rakan facebook Sangkakala mengatakan ini kemungkinan pengikut 'hisbul taharil'.

Kawan Sangkakala kata 'hisbul taharil' ini adalah satu gerakan yang mana pemimpinnya mengatakan bahawa demokrasi itu adalah haram.

Ishh..pelik pulak ada gerakan yang macam tu, demokrasi pulak haram? Habis tu yang tak haram macam mana pulak?

Mungkin pemerintahan kuku besi bagi mereka ini tidak haram agaknya.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone