Ahad, 31 Mac 2013

#BN4perak USTAZ BAKAR SAMAKAN NIK AZIZ DENGAN NABI MUHAMMAD @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Macam ni ke pesuruhjaya PAS negeri yang menjadi ketua kepada sebuah parti yang dulunya mengangkat agama Islam sebagai pegangan parti mereka.

Ustaz Abu Bakar Husin semalam bersama beberapa kepimpinan PAS negeri mengadakan ceramah, dan didalam ceramah tersebut dari awalnya mengatakan Perdana Menteri sama dengan Abu Jahal ekoran daripada pemergian Perdana Menteri mengerjakan Umrah pada 3 April nanti.

Ustaz Bakar kata mungkin Perdana Menteri pergi untuk mengadu kepada Allah SWT sepertimana Abu Jahal mengadu kepada tuhannya untuk mengalahkan Nabi Muhammad SAW.

Nampaknya Ustaz Bakar menyamakan Perdana Menteri atau Barisan Nasional sebagai tentera Abu Jahal dan PAS yang diketuai oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am sebagai tentera nabi dan ini juga seolah olah mengatakan bahawa Nik Aziz itu adalah Nabi.

Takkan sebagai seorang pemimpin PAS negeri, beliau tidak mampu untuk membezakan sifat seorang Islam dengan sifat seorang kafir?

Dan dengan kata kata seolah menyamakan orang biasa denga nabi tu pulak apa hukumnya?

Agak mengecewakan apabila seorang pemimpin yang bakal menjadi ADUN di Titi Serong Parit Buntar mempunyai pemikiran sebegitu, dengan mengangkat Islam kononnya ustaz Bakar sanggup untuk menyamakan Islam dengan Kafir dan menidakkan kemaksuman seorang Nabi.

Pasti orang PAS kata tiada bukti tentang apa yang diperkatakan oleh ustaz Bakar semasa ceramah di Dataran Purnama Parit Buntar ini, insyaallah dalam masa terdekat, Sangkakala akan keluarkan pula video ceramah tersebut dan pengundi di Parit Buntar boleh menilai sendiri apa yang Sangkakala sampaikan ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan