Khamis, 28 Mac 2013

KEBEBASAN MEDIA WAKLU LA PEMBANGKANG @tunfaisal

Dalam kata memperjuangkan hak kebebasan media hari ni bertarabur keluar gambar di pejabat PKR yang menyatakan bahawa beberapa siaran tv dan akhbar tidak diberi kebenaran untuk masuk ke dalam pejabat mereka (PKR).

Itu yang dinamakan kebebasan media? Kebebasa waklu je yang Sangkakala bagi pada puak munafik ni.

Bila tentang kerajaan, semua nak kebebasan, tapi bila bab mereka, takde pulak kebebasan.

Jadi apa yang diperjuangkan oleh pembangkang pada hari ini adalah retorik semata mata, dan ianya hanyalah omongan kosong.

Barisan Nasional khususnya UMNO tidak pula melarang wartawan dari malaysiakini, harakah, keadilan atau mana mana akhbar tabloid atau portal online mereka dari mengambil gambar atau menanyakan soalan kepada pemimpin kerajaan, tapi kalau pembangkang pula bagaimana?

Pernah juga keluar baru baru ini dari mulut ketua pembangkang yang disoal oleh wartawan dengan perkataan 'U ulang I saman U', adakah kenyataan itu menunjukkan bahawa Anwar sendiri tidak memberikan kebebasan kepada wartawan untuk bertanyakan soalan kepada beliau.

Tidak kurang juga mereka yang diherdik oleh Anwar apabila bertanyakan soalan yang agak sensitif, tetapi ini tidak berlaku kepada pemimpin kerajaan yang akan memberikan jawapan dan tidak pernah mengherdik atau menyanggah mana mana wartawan pembangkang.

Itu lah beza antara pembangkang dan kerajaan, dari segi moral dan mentaliti, sememangnya mereka ini gagal dan dari sudut emosi juga, mereka dilihat tidak mampu untuk mengawal emosi mereka.

Ini rupa nak jadi pemimpin dan memimpin negara?

Fikir fikirkanlah wahai pengundi, kalau mereka ini memerintah negara tak tau apa lagi yang tak boleh dibuat, mungkin sistem kuku besi dalam media akan diamalkan yang mana, akhbar akhbar dari media cetak atau portal dan media elektronik tidak lagi diberi peluang untuk memberikan bukti sebenar kepincangan dalam pemerintahan mereka.

Dan mungkin hanya akhbar seperti harakah, keadilan atau yang lain lain yang lebih kearah mereka diberikan peluang untuk membuat liputan dan sudah pastilah laporan yang diberikan akan dibayangi oleh pembohongan sepertimana yang dilakukan oleh mereka kini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan