Khamis, 14 Februari 2013

SOKONGAN PADU MB PERAK KEKAL

Tiga menteri kabinet akan menyokong Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan.

Tiga menteri tersebut ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ini semua berikutan Menteri Besar Perak yang ada kini, YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang dilihat begitu komited menjalankan tugas serta seringkali turun padang untuk menemui rakyat seterusnya bertanyakan permasaalahan yang di tanggung oleh rakyat negeri Perak.

Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana Menteri Besar Perak itu sememangnya selalu turun padang dan melaungkan slogan 'tiada tertinggal tiada terpinggir'.

Ini juga menjadi kegusaran kepada pembangkang di negeri Perak apabila program program yang dijalankan oleh setiap bahagian di dalam negeri Perak dilihat mencapai peningkatan dari segi kehadiran para jemputan serta orang ramai.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan