Khamis, 14 Februari 2013

PEGAWAI JPS GRED41 KURANG SOPAN TERHADAP KAKITANGAN

Hebat pegawai Jabatan Parit dan Saliran sorang ni, dah ada jawatan dan kedudukan tu sepatutnya lebih profesional bukan lebih bangang dalam tutur bicara terhadap pegawai bawahan.

Sangkakala dapat berita bahawa ada sorang pegawai ni siap maki hamun pegawai bawahan kerana telah ditegur setelah menggunakan satu applikasi di laman sesawang dengan menggunakan peralatan ICT di pejabat beliau.

Bila dah ditegur oleh pegawai yang lebih tinggi, jangan le jadikan pegawai bawahan sebagai sasaran, kerana perlu diingat mereka juga adalah pekerja yang dibayar gaji oleh kerajaan dan bukannya dibayar oleh pegawai kurang sopan ni.

Sangkakala juga tertanya tanya kenapa beliau menggunakan peralatan ICT pejabat?

Dengar kata siap tendang kerusi meja hentak hentak kaki atas meja lagi tu, harap lepas ni jangan ada lagi pegawai pegawai biadap semacam ni kat dalam mana mana jabatan.

Satu lagi yang Sangkakala kesalkan ialah pegawai yang dimaki hamun tersebut seorang perempuan dan pegawai gred41 ni pulak lelaki bertaraf jurutera daerah, memalukan sungguh perangai macam budak budak.

Pihak kementerian, sila ambil perhatian kepada kes kes sebegini dan janganlah anggap ianya sebagai kes terpencil kerana ia melibatkan etika seorang pegawai tinggi kerajaan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan