Jumaat, 15 Februari 2013

PAKATAN TAKUT DENGAN HINDRAF HINGGA TERPAKSA MENIPU

Anwar Ibrahim nyata takut dengan HINDRAF hinggakan beliau terpaksa menipu dengan mengatakan bahawa pelan perlaksanaan lima tahun pertubuhan Hindu itu akan dilaksanakan dalam 100 hari.

Itu sebab Sangkakala kata Anwar menipu, segala bagai nak dilaksanakan dalam 100 hari, munasabah ke tidak?

Di negeri Selangor sendiri pun apa yang dijanjikan oleh Pakatan pembangkang masih tidak terlaksana walaupun mereka telah memerintah selama hampir 5 tahun.

Pelbagai menifesto dan janji yang diberikan namun ianya tidak diselesaikan dengan sepenuhnya hingga membuatkan rakyat bangkit menyaman kerajaan negeri atas menifesto yang diberi dan dijanjikan terhadap rakyat di negeri itu.

Masalah air percuma yang didendangkan sebelum PRU12 yang lalu walaupun dilaksanakan tetapi tidak kepada penghuni rumah PPRT di sekitar Selangor, yang mendapat faedah cuma penduduk rumah teres dan banglo, adakah itu adil?

Pengurusan sampah juga tidak teratur dan banyak lagi perkara yang tidak menjadi kenyataan walaupun Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri tersebut namun tiada apa apa yang dapat dilihat sebagai kejayaan.

Jadi dalam kes Hindraf, Sangkakala melihat bahawa ianya hanyalah sebagai alasan untuk Anwar mendapat sokongan dan selepas itu sudah pasti apa yang telah terjadi selama ini akan terjadi lagi.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan