Jumaat, 15 Februari 2013

BEKAS PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA TAK KENANG BUDI

Bekas pemimpin kesatuan sekerja telah mencabar Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri untuk bertanding melawan Anwar Ibrahim dalam PilihanRaya akan datang.

Menurut beliau itu adalah untuk mengakhiri tindakan menzalimi Anwar Ibrahim dan membuktikan Tun Mahathir masih mendapat sokongan rakyat.

Mungkin pemimpin kesatuan sekerja ini lupa akan jasa pemimpin (Tun Mahathir) tersebut dalam memajukan negara serta membela rakyat.

Ini berikutan kenyataan beliau yang mengatakan pertandingan tersebut juga mampu membuktikan bahawa Tun Mahathir pernah membela rakyat atau sebaliknya.

Bagi Sangkakala, tindakan pemimpin kesatuan ini adalah satu tindakan seumpama kacang lupakan kulit dimana seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Tun Mahathir selama memerintah sebagai Perdana Menteri telah melakukan pelbagai perkara dalam memajukan negara serta rakyat.

Sebagai bukti, beliau (Tun Mahathir) telah merancang pembinaan PutraJaya yang mana satu masa dulu diibaratkan sebagai satu pembaziran oleh pembangkang dan kini pembangkang sendiri berebut rebut untuk menakluki putrajaya.

Bagitu juga dengan kebajikan kepada para pekerja dibawah kesatuan yang mana kita melihat banyak kepentingan pekerja pekerja ini diberi keutamaan demi untuk keselesaan mereka.

Jadi dengan tindakan mencabar Tun Mahathir ini adalah satu tindakan hilang akal oleh bekas pemimpin kesatuan ini.

Apa yang telah dizalimi oleh Tun Mahathir terhadap Anwar?

Tun Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar apabila terbukti bahawa Anwar telah melanggar kesalahan undang undang.

Ini adalah salah satu provokasi pembangkang dan ianya adalha sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Bekas pemimpin kesatuan ini juga dilihat sebagai seorang yang buka hati dan kufur nikmat diatas apa yang telah diterima oleh mereka selama ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan