Isnin, 11 Februari 2013

MAMPUKAH PR TUMBANGKAN BN

Persoalan demi persoalan dan pelbagai jawapan serta andaian dikeluarkan sementara pilihanraya umum akan dilakukan tidak berapa lama lagi.

Kedua dua pihak (kerajaan dan pembangkang) mempunyai andaian tersendiri dengan mengatakan parti masing masing akan memenangi PRU kali ini.

Namun apa yang pasti ialah, kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah pada masa kini dan selama memerintah, kerajaan ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik serta memberangsangkan.

Mungkin pada tahun 2008 semasa PRU12 dijalankan, ada rakyat yang mengambil pendekatan untuk mencuba cuba namun ada juga yang merasa kecewa dengan pemimpin atau calon Barisan Nasional hingga mengakibatkan 5 buah negeri pada ketika itu telah berjaya dirampas oleh Pembangkang.

Walaupun 5 buah negeri pada ketika itu (4 yang ada kini) telah dimenangi oleh Pembangkang seterusnya menjadi kerajaan bagi negeri negeri tersebut, pembangkang masih lagi mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional melakukan pilihanraya dengan cara kotor dan tidak demokrasi.

Ini kerana pembangkang mahukan pemerintahan negara jatuh ke tangan mereka dan oleh itu pelbagai spekulasi dan tohmahan telah dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Akibat rasa ketidakpuasan hati ini, maka BERSIH diwujudkan oleh pembangkang dengan menggunakan Datuk S.Ambiga (peguam) sebagai kambing hitam dalam merealisasikan rencana mereka.

BERSIH telah 3 kali membawa pengikut pakatan pembangkang turun ke jalanan untuk melakukan demonstrasi hingga mencetuskan huru hara pada bulan April 2012 yang mana kita melihat banyak kerosakan berlaku, tidak kurang juga dengan kecederaan terhadap anggota polis serta orang ramai.

Disini kita dapat melihat bahawa politik pembangkang tidak matang dan sering melakukan pelbagai masalah.

Mereka akan melakukan apa sahaja dan baru baru ini mereka mengugut sekiranya mereka kalah sekali lagi dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka mereka akan membawa pengikut pengikut mereka ke jalanraya untuk melakukan demonstrasi secara besar besaran dan pihak polis juga telah mengeluarkan amaran yang mana pihak berkuasa polis tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Mungkin pembangkang menggunakan pendekatan secara ugutan ini bukan mengugut kerajaan, tetapi mengugut rakyat supaya mengundi mereka sekiranya tidak mahu rusuhan berlaku.

Dengan ugutan tersebut, kita dapat memikirkan secara jelas bahawa pembangkang begitu terdesak untuk mendapat kuasa pemerintahan negara.

Nampak sangat bahawa pada hari ini, pembangkang tidak mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana budi dan jasa kerajaan ini terhadap rakyat negara ini sejak zaman kemerdekaan lagi.

Jadi apa yang Sangkakala lihat pula ialah, kerajaan ini yang sekarang diterajui oleh Perdana Menteri mengakui bahawa ada kesilapan kerajaan selama memerintah dan Perdana Menteri juga telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan beliau juga telah melakukan akujanji bahawa kerajaan yang diterajui oleh beliau pada masa ini akan menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dengan lebih baik dan sempurna demi untuk memajukan rakyat serta negara.

Jadi, dengan janji ini kita perlu dan harus memberikan peluang kepada YAB Perdana Menteri merealisasikan apa yang dijanjiukan oleh beliau baru baru ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan