Isnin, 11 Februari 2013

BETUL KE INI KUBUR MAT INDERA

Sangkakala tertarik dengan artikel seorang rakan blogger yang mendedahkan tentang kubur yang didakwa sebagai kubur anggota komunis satu masa dahulu, Allahyarham Mat Indera yang dikatakan menjadi dalang dalam menyerang serta membunuh anggota polis di Bukit Kepong Johor satu masa dulu.

Buka link ini dan baca..

http://t.co/GuYgWFYF

Persoalannya ialah, kuburan yang ditanda sebagai pejuang kemerdekaan oleh PAS kawasan Batu Wilayah Persekutuan ini adakah benar benar kubur Mat Indera?

Sehingga kini tidak seorang pun yang mengesahkan bahawa ianya adalah kubur Mat Indera dan siapa pula PAS yang mahu mengatakan bahawa Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu adalah orang yang mencetuskan kontroversi yang mana beliau telah mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan hingga membuatkan anggota pasukan keselamatan pada zaman komunis berleluasa merasa tidak puas hati.

Anggota anggota keselamatan ini merasakan bahawa jasa serta sumbangan mereka selama ini tidak mendapat penghargaan malah diperkecilkan oleh Mat Sabu yang dengan sewenang wenangnya mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang.

Kita semua tahu dan generasi muda pun selalu didedahkan dengan cerita bahawa PKM terlalu kejam selama gerombolan pasukan bersenjata ini berada di dalam negara.

Mereka tidak teragak agak untuk membunuh dan melakukan apa sahaja terhadap rakyat demi mencapai cita cita mereka.

Mat Sabu mungkin mengatakan bahawa parti komunis malaya pada masa itu berjuang untuk menuntut kemerdekaan tetapi harus diingat juga bahawa mereka ini masih lagi wujud selepas zaman merdeka dan masih lagi berjuang dengan menggunakan senjata.

Adakah itu dikatakan pejuang?

Mat Sabu bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan tentang perjuangan, kerana pada Sangkakala perjuangan beliau tidak lebih daripada kepentingan politik.

Kita harus menolak parti parti songsang sebegini kerana mereka akan memesongkan minda dan pemikiran anak anak atau generasi yang akan datang.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan