Selasa, 22 Januari 2013

PEMBANGKANG LARIKAN DIRI DARI PADA AZRUL

Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

Sebelum ini ramai dikalangan pemimpin pembangkang cuba untuk mempertahankan ketua ekonomis bank ini dan ada yang mengatakan bahawa penggantungan beliau dari jawatan ada kena mengena dengan tekanan dari Barisan Nasional terhadap bank tersebut.

Tapi kini jelas terbukti bahawa penggantungan Azrul adalah berpunca dari memiliki serta mengedar dokumen sulit bank tersebut kepada pihak lain dan kalau di ikutkan beliau boleh didakwa atas dakwaan pecah amanah, tambahan pula dokumen tersebut adalah milik sebuah institusi kewangan.

Jadi lain kali kepada pembangkang, jangan buat tuduhan meluru, siasat dulu baru cakap, sekarang ada tak pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa ini semua tekanan dari Barisan Nasional dulu nak mohon maaf? Pastilah tiada, mana puak puak ni pernah mengaku silap.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan