Selasa, 22 Januari 2013

BAWANI DIHANTAR UNTUK CETUSKAN PROVOKASI POLITIK

Pelajar yang terbabit dengan isu kontroversi di Universiti Utara Malaysia dikatakan mungkin dihantar untuk mencetuskan kontroversi politik semasa forum yang diadakan di UUM tempoh hari.

Beliau yang terlibat sebagai aktivis politik tidak sepatutnya mencetuskan ketegangan di dalam forum tersebut dan ianya mungkin untuk mengelirukan pelajar pelajar yang hadir.

Sekarang Bawani dah popular dengan keberaniannya yang mencetuskan situasi agak tegang semasa forum berlangsung.

Dalam video yang dimuat naik di laman youtube, jelas menunjukkan Bawani terpekik pekik semasa moderator Sharifah Zohra ingin memberikan penjelasan seolah olah menghalang aktivis wanita itu untuk bersuara hinggakan Sharifah terpaksa mengulang perkataan 'listen' sebanyak sebelas kali dan akhirnya moderator sensasi itu terpaksa menarik mikrofon dihadapan Bawani untuk bercakap.

Adakah ini sikap seorang pelajar yang mengambil jurusan profesional di sebuah institusi pengajian tinggi?

Sepetutnya Bawani memberi peluang juga kepada Sharifah untuk memberi penjelasan dan bukannya menyerang kerajaan secara bertubi tubi dan akhirnya menjadi hangat.

Berkenaan dengan dakwaan Bawani bahawa peserta dipaksa hadir juga adalah tidak benar kerana menurut naib canselor UUM, setiap pelajar diberi kebebasan untuk memilih aktiviti di dalam Universiti dan diberi kebebasan bersuara.

Jadi dakwaan Bawani bahawa mereka dipaksa untuk hadir adalah satu fitnah jahat demi kepentingan pembangkang didalam universiti tersebut.

Sangkakala juga rasa bahawa dengan tohmahan yang sebegitu, pihak UUM boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Bawani yang dilihat cuba merosakkan nama baik universiti berkenaan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan