Jumaat, 13 April 2012
PEMIMPIN PR TIDAK MENGHORMATI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG
Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah berlangsung dengan adat istiadat penuh gilang gemilang di Istana Negara (baru) semalam. Istiadat kali ini amat bermakna dan menjadi sejarah tanah air apa bila Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimubillahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah satu-satunya Sultan yang menjadi Agung bagi kali yang kedua.
Dalam pada rakyat jelata merafak sembah kebawah Duli Tuanku, ada dikalangan pemimpin-pemimpin PKR yang dikatakan telah mencemari adat istiadat di Balairong Seri Istana Negara tersebut. Dalam beberapa blog rakan-rakan Sangkakala ada artikel yang mengatakan bahawa beberapa pemimpin PKR ini bertindak kurang sopan dengan cara seolah-olah mengejek Sultan-Sultan yang hadir pada istiadat tersebut.
Itu yang berlaku kelmarin, pada malam tadi pula diadakan majlis bacaan Yassin serta doa selamat di Masjid Negara sempena dengan pertabalan tersebut, tetapi apa yang menghairankan, mengikut kata rakan Sangkakala yang pergi ke majlis tersebut, tidak kelihatan pula pemimpin PKR hadir bersama-sama untuk membaca yassin serta doa selamat yang diadakan.
Adakah ini pemimpin-pemimpin yang dikatakan hendak menjadi pemerintah? Istiadat pertabalan jadi tempat senda gurau, bacaan Yassin dan doa selamat tidak dihadiri seolah-olah mereka ini tidak suka dengan kehadiran DYMM Seri Paduka Baginda.
Perdana Menteri serta Timbalan telah hadir ke majlis tersebut bersama-sama rakyat jelata membacakan Yassin dan doa selamat untuk kesejahteraan DYMM tetapi dimana Ketua Umum serta timbalan presiden PKR?
Apa yang dapat Sangkakala simpulkan disini ialah, kemungkinan besar mereka ini jika dapat menjadi pemerintah maka kesultanan Melayu akan dihapuskan dan dilenyapkan, maka ketuanan Melayu itu tidak akan wujud lagi dan ianya akan menjadi bahan sejarah dan keluarga-keluarga diraja ini akan dijadikan sebagai satu lagenda untuk generasi yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan