Jumaat, 13 April 2012

MANA JANJI PAKATAN HARAM DI SELANGOR

Sangkakala menyentuh sekali lalu semua janji-janji yang dibuat di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat pasca Pilihanraya Umum 2008 (kecuali Kelantan), hari ini dan beberapa hari akan datang, Sangkakala ingin memperincikan setiap janji yang perlu disegerakan berdasarkan maklum balas rakyat yang penulis terima.

Memandangkan Selangor adalah negeri yang paling strategik dibanding dengan beberapa negeri lain dibawah pentadbiran Pakatan Haram, maka Sangkakala melihat keperluan utama untuk melaksanakan baki janji 2008 yang masih tertunggak.

Justeru Sangkakala akan membincangkan janji-janji 2008 yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang.

Tabung Permulaan RM 100 Bagi Setiap Anak Kelahiran Selangor.

Walaupun program ini telah dimulakan dengan penubuhan Tabung Warisan Anak kelahiran Selangor (TAWAS), tapi tidak seorang pun ibu bapa anak-anak yang didaftarkan di bawah program ini telah ’melihat’ tabung yang dijanjikan.

Mereka dimaklumkan bahawa akaun permulaan dengan wang sebanyak RM 100 telah dibuka untuk anak masing-masing di Bank Rakyat selepas pendaftaran, tapi sehingga sekarang tidak ada siapa di antara ibu bapa tersebut yang tahu sama ada akaun yang disebutkan itu benar-benar telah dibuka atau tidak.

Mereka hanya menerima kad TAWAS sebagai bukti pendaftaran dan diminta menuntut wang tersebut setelah anak masing-masing mencecah usia 18 tahun!! Justeru, tidak hairan kenapa ramai di antara ibu bapa ini yang curiga dengan perjalanan program ini yang sebenarnya.

Bantuan RM75 Sebulan Bagi Setiap Anak Yang Dihantar Ke Nurseri.

Program ini sebenarnya paling dinanti oleh ramai ibu bapa di Selangor, terutama yang kedua-duanya bekerja. Dengan kegagalan kerajaan pusat menyelesaikan masalah pembantu rumah dari Indonesia sehingga sekarang, ramai ibu bapa yang terpaksa menghantar anak masing-masing ke nurseri sebaik pulang dari sekolah.

Dengan bayaran nurseri antara RM 100 – RM 300 sebulan/orang, RM 75 ini akan membantu sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa di Selangor.

Bantuan RM50 Sebulan Seorang Bagi Pendidikan Pra-Sekolah.

Program ini juga perlu dijalankan dengan segera kerana bayaran pra-sekolah, terutama milik pihak swasta di Selangor ini bermula dari RM 150 – RM 400 sebulan/seorang. Jika dilaksanakan nanti, lebih 100,000 anak-anak pra-sekolah di Selangor untuk tahun 2012 ini sahaja akan beroleh manfaat.
Masalahnya sekarang, penulis dimaklumkan tidak ada langsung hebahan mengenai kebarangkalian janji ini akan dilaksanakan atau bagaimana ibu bapa terbabit menuntut wang bantuan tersebut. Apa sudah jadi?

Sekurang-kurang kalau kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memulakan program itu sekarang, ia mampu juga menutup sedikit sebanyak kekecewaan ibu bapa yang tidak menerima bantuan ini sepanjang tempoh 2008 – 2011.

Memberi Hadiah RM 1,000 Kepada Setiap Anak Selangor Yang Mendapat Tawaran Universiti
Penulis dimaklumkan setiap tahun hampir 10,000 anak kelahiran Selangor yang layak berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Universiti awam dan swasta di seluruh negara.

Peliknya, sehingga sekarang, butiran mengenai hadiah ini tidak boleh ditemui dimana-mana. Sedangkan saban tahun ribuan pelajar yang memulakan pengajian masing-masing di Universiti berharap untuk menerima bantuan ini dari kerajaan Selangor.

Penulis menggesa Kerajaan Selangor mempercepatkan pembahagian wang ini dengan segera demi memastikan ia tidak dijadikan senjata mudah pihak lawan untuk mengecam Pakatan Rakyat sebagai hipokrit.

Lebih-lebih lagi kita dalam proses meminda Buku Jingga untuk memasukkan perkara tentang menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma di peringkat tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan